Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages


Thursday, February 9, 2012

5 Tip dan info



Lemon bukan sahaja mengenakkan makanan dan minuman tetapi boleh diguna sebagai bahan pembersih.
Guna Lemon Bersihkan Papan Pemotong
Sama ada anda menggunakan papan pemotong yang diperbuat daripada kayu atau plastik, anda boleh membersihkannya dengan lemon. Bagi papan pemotong kayu, gosok dengan hirisan lemon di bahagian yang kotor. Manakala untuk papan pemotong plastik, perah jus lemon dan gosok di permukaan yang kotor. Biarkan selama 20 minit sebelum dibilas dengan air bersih. Asid dalam jus lemon berkesan sebagai pembersih.
Cuka Sebagai Bahan Pencuci
Sabun memang sering digunakan untuk membersih di dapur. Sungguhpun begitu ada bahan lain yang boleh menggantikannya; cuka.
Cuka memang tahan dan lazimnya selalu disimpan lama kerana anda hanya menggunakan sedikit untuk memasak. Jika anda mempunyai banyak cuka berlebih, apa kata gunakannya sebagai bahan pembersih? Cuka berkesan digunakan untuk membersihkan kesan gris atau berminyak, contohnya permukaan serta celah-celah dapur masak atau penunu. Masukkan cuka dalam botol spray, sembur ditempat berminyak dan gosok bersih. Bukankah ini juga menjimatkan?
Selain cuka, anda juga boleh membuat bahan pembersih dengan mencampurkan sedikit bahan peluntur dengan air. Sungguhpun begitu, jangan campurkan bahan tersebut dengan air panas kerana bahan peluntur akan meluap dan hilang keberkesanannya.
Selain itu, jangan sesekali mencampurkan bahan peluntur dengan produk pembersih lain yang mengandungi amonia seperti bahan pembersih cermin.

Dapur yang bersih bukan sahaja sedap mata memandang, tetapi juga selamat daripada ancaman bakteria.
Sumber Bakteria
Tahu tak dari mana sumber bakteria yang memudaratkan seperti E. Coli, Salmonella, Staphylococcus dan sebagainya, paling mudah ditemui di dapur anda?
Jawapannya ialah di span pencuci dan kain pengelap! Itulah yang ditemui dalam kajian di Amerika.
Span pencuci dan kain pengelap yang basah menyediakan sumber kelembapan dan tempat yang gemar dihinggapi bakteria. Jadi pastikan setelah diguna, span pencuci dan kain itu dibersihkan dengan sabun dan dikeringkan.  Anda juga boleh membunuh bakteria itu dengan memanaskan kedua-duanya di dalam ketuhar gelombang mikro selama 60 saat.

Tepung Naik Sendiri
Tepung naik sendiri atau self raising flour boleh dibuat sendiri di rumah. Caranya mudah saja; campurkan satu cawan tepung gandum biasa dengan 1 1/2 sudu kecil serbuk penaik (baking powder) dan 1/2 sudu kecil garam.

Kismis hitam baik untuk otak.
Kismis
Kismis anggur hitam yang dikeringkan mengandungi kandungan gula yang tinggi. Antara jenis gula yang terkandung di dalam kismis adalah fruktosa dan glukosa. Gula ini dapat meningkatkan daya pemikiran otak, menajamkan memori dan menguatkan daya ingatan. Otak memerlukan gula untuk berfungsi dengan baik, dan kismis dapat menyediakan keperluan gula dalam kuantiti yang banyak dan cepat. Jadi, apa kata gunakan lebih kismis dalam masakan anda?

Artikal daripda( SAJIAN)

Safi Rania Gold Produk Anti Penuaan

Safi Rania Gold Produk Anti Penuaan



Ramai wanita yang inginkan kulit wajah yang cantik dan cerah. antara produk yang menjadi pilihan yelah Safi Rania Gold. bukan saja mudah didapati tapi harga yang jimat menarik ramai pembeli untuk mencubanya. Dilancarkan pada tahun 2009, Safi Rania Gold adalah produk anti penuaan yang diperkaya dengan formulasi Teknologi Nano Emas 24K yang menjanjikan keupayaan untuk mengurangkan kedalaman kedutan dan garis halus sehingga 55% dengan membaiki keanjalan kulit dalam hanya 3 minggu.


Rangkaian produk penjagaan kulit esklusif dari SAFI ini turut diperkaya dengan protein mutiara serta Vitamin B3 untuk mencerah, memulihkan kesegaran dan seri wajah sambil memperkuat struktur kulit.


  • 1.Krim Pembersih Wajah SAFI RANIA GOLD – 50g(RM8.90) /100g(RM14.90)
Pembersih muka ini bukan sahaja membersihkan kulit daripada segala kotoran, habuk dan daki, tetapi juga berkesan menanggalkan solekan sambil membuatkan kulit terasa segar sepanjang hari. Krim Pembersih Wajah SAFI RANIA GOLD diperkaya dengan pelbagai nutrien yang melembapkan kulit, menjadikannya lembut dan licin selepas setiap kali dicuci.

  • 2.Gel Pembersih Wajah SAFI RANIA GOLD – 50g(RM8.90) /100g (RM14.90)
Sesuai untuk kulit kering, formula imbangan pH Gel Pembersih Wajah SAFI RANIA GOLD lembut kepada kulit kerana ia tidak menghakis emolien semula jadi kulit setiap kali anda mencuci muka.

  • 3.Skrub Wajah SAFI RANIA GOLD – 75g(RM14.90)


Apabila usia kita meningkat, keupayaan kulit kita untuk menanggalkan sel kulit mati merosot, menyebabkan kulit semakin suram. Skrub Wajah SAFI RANIA GOLD membantu menanggalkan sel kulit mati dengan berkesan untuk menyerlahkan kulit yang sihat berseri. Gunakan dua kali seminggu untuk mendapatkan hasil yang ketara.


  • 4) Penyegar SAFI RANIA GOLD – 80ml(RM14.90)


Pori yang besar dan terbuka mudah memerangkap kotoran dan menimbulkan masalah kulit. Penyegar SAFI RANIA GOLD yang dirumus dengan air mawar mengecilkan pori dan membantu menyediakan kulit untuk menyerap lembapan secara optimum. Gunakan penyegar selepas setiap kali anda membasuh muka.


  • 5) Krim Kontur Mata SAFI RANIA GOLD – 15g(RM17.90)


Krim Kontur Mata SAFI RANIA GOLD dirumus khas untuk membaiki struktur kulit yang lembut di keliling mata, mengurangkan kemunculan garis halus dan mencerahkan lingkaran gelap bawah mata. Serlahkan kecantikan mata anda dengan sapuan krim ini siang dan malam.


  • 6.Krim Pelembap Siang SPF 20 ++ SAFI RANIA GOLD – 40g(RM23.90)


Untuk mengelakkan kesan buruk sinar UVA dan UVB matahari, sapukan Krim Pelembap Siang SAFI RANIA GOLD dengan SPF 20 ++ setiap hari. Anda bukan sahaja tidak perlu lagi risau tentang bintik penuaan dan warna kulit tidak sekata, bahkan kulit anda akan tampak lebih cerah dan sihat berseri!


  • 7.Krim Pelembap Malam SAFI RANIA GOLD – 40g(RM26.90)


Kulit kita dibaiki dan dipulihkan semasa kita tidur. Untuk memanfaatkan proses semula jadi ini, sapukan Krim Pelembap Malam SAFI RANIA GOLD untuk membantu proses penghidratan dan pemulihan kulit. Anda dapat melihat kulit anda lebih remaja dan berseri bila anda bangun setiap pagi!


  • 8.Krim Kecantikan SAFI RANIA GOLD – 16g(RM10.90)


Dengan Krim Kecantikan SAFI RANIA GOLD, kulit anda tidak akan tampak suram dan tidak bermaya. Diperkaya dengan nutrien, Krim Kecantikan SAFI RANIA GOLD membantu melenyapkan bintik penuaan dan garis halus. Krim Kecantikan ini juga boleh digunakan sebagai asas mekap.


  • 9.Serum SAFI RANIA GOLD – 20ml (RM35.90)


Mengandungi segala kebaikan Nano Emas 24K dalam bentuk serum yang menyerap pantas dan tidak berminyak untuk mengembalikan keanjalan kulit wajah. Mengandungi gabungan asid amino yang meneutralkan radikal bebas untuk menghalang kulit menjadi kusam

 sape yang penah try boleh lah share kat cini yer =D

MARI TANAM SAYUR.

hari ni aku nak tunjukkan kebun bapak mentua aku,,biasa lah kan sekarang ni sayur mahal gila..satu jenis  sayur dah rm2 satu ikat cuba bayang kan,kaya lah orang yang menjual sayur kat pasar.=)
sebenarnya byk lagi yg mentua aku tanam tapi kami dah ambil masak sedap betul manis..

 yg ni kangkung dgn sawi bunga..


 kangkung ni dah boleh mkn..

 yg ni pula sawi bunga baru pindah ni,,
 yg ini sayur kailan kecil..
 yg ni pun kangkung jua,,
 sawi juga lah.

rajin betul kan bapak mentua ku ni tanam sayur hari2 kerja nya lah..
aku pun minat tanam sayur juga,,tapi sekarang ni sibuk urus anak2 bersekolah, byk sangat aktiviti anak2 aku..
siapa yg minat tanam sayur sendiri dirumah boleh lah mula kan hari ni juga.
jgn mlas-mlas..ok =D