Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages


Tuesday, April 3, 2012

Khasiat Madu Lebah



A) MENGEMBALIKAN KEKUATAN TUBUH
1. Memulih. menyegar dan menambah tenaga tubuh badan.
2. Memulihkan sel-sel urat besar.
3. Menjaga dan mengimbangi kekuatan badan.
4. Merangsang tenaga batin.

B) MEMBERSIH DAN MENAMBAH DARAH.
1. Memulihkan kembali bekuan darah dan membetulkan pengaliran darah.
2. Membersihkan lapisan darah dan darah menjadi bersih.
3. Mengimbangi kandungan lemak dan membuat janlung aktif.
4. Menghilangkan rasa kebas-kebas dan mengurangkan tekanan darah tinggi.

1. BAYI/KANAK-KANAK:
a) Membantu pertumbuhan janin dan bayi dari segi fizikal dan mental.
b) Menyembuh dengan segera cirit-birit.
c) Mengelak daripada cacing perosak dalam perut.
d) Mengeluarkan lendir dalam badan bayi dan menguatkan minda kanak-kanak.

2. REMAJA:
Membantu menyempurnakan kesihatan berkekalan.

3. WANITA:
a) Menambah kejelitaan rupa paras yang asli dan tubuh badan yang menarik.
b) Mempunyai kulit yang halus, bersih dan berseri-seri.

4. LELAKI:
a) Tampan dengan kekuatan asli dan kelihatan lebih muda.
b) Menguatkan tenaga batin.

5. PENGIDAP KENCING MANIS (DIABETIS):
Menstabilkan kandungan gula dala darah. (Gantikan gula kepada madu lebah)

6. UNTUK SEMUA:
a) Mengelak dari kegemukan yang tidak terkawal.
b) Memudahkan proses penghadapan dan lawas buang air.
c) Memulihkan penyakit berpanjangan.
d) Menguatkan jantung, buah pinggang dan badan.
e) Menyembuhkan penyakit dalam perut.
f) Mempercepatkan luka atau kesan pembedahan sembuh.
g) Memulihkan batuk dan lelah.
h) Menghindarkan badan letih dan lesu.
i) Kurangkan kesakitan bila datang haid.
j) Baik untuk perempuan bersalin.
k) Membantu/menerangkan pemandangan.

7. IBU MENGANDUNG
1. Menambahkan tenaga untuk ketahanan diri semasa mengandung
dan semasa menghadapi saat kelahiran cahaya mata.
2. Mencegah dari berbagai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi,
kencing kotor, batuk selsema, lelah dan lain-lain.

8. ANAK DALAM KANDUNGAN
1. Mencegah dari pelbagai penyakit kerana kandungan antibiotik dalam
madu dapat membunuh kuman-kuman.
2. Kandungan zat galian dalam madu boleh membantu membina dan
menguatkan janin.
3. Kulit yang bersih dan sihat dengan terdapatnya vitamin C yang penuh
kuasa dalam madu asli.
4. Membantu secara khusus pertumbuhan fizikal dan mental janin.
5. Penyakit Hepatitis B yang biasa menyerang bayi dapat dihindar dengan amalan madu oleh para ibu yang mengandung.

9. BAGI BAYI YANG BARU LAHIR
1. Meneruskan pemberian madu asli pada bayi yang baru lahir dapat
mengeluarkan secara positif lendir yang mungkin terminum semasa
bayi itu dilahirkan yang merupakan punca lelah jika tidak habis dikeluarkan.
2. Membersihkan perut bayi dari najis gagak yang menyelaputi dinding
perut. Proses penghadaman dapat berjalan dengan sempurna menghindar dari sakit perut.
3. Bayi membesar dengan sempurna dan sihat.
4. Mengelak dari kembung perut bayi.

10. BAGI IBU SELEPAS MELAHIRKAN ANAK
1. Amalkan madu bersama jamu dan telur untuk membina darah serta
mempercepatkan proses penyembuhan luka dalam perul atau rahim.
2. Membantu proses penghadaman dan lawas buang air.

CARA MENGGUNAKANNYA
1. Tukar atau kurangkan penggunaan gula kepada madu dalam penyediaan minuman harian.
2. Campurkan sedikit madu ke dalam air suam sebagai minuman.
3. Campurkan madu di dalam segala persediaan membuat kuih/masakan. Keharuman madu akan menawan selera anda.
4. Jika batuk atau lelah, minum satu atau dua sudu madu. Jangan dicampur dengan ais. (Berhati-hati jangan tersedak)
5. Untuk memulihkan tenaga, campurkan telur ayam kampung dengan sedikit madu. Dikacau kemudian diminum.
6. Campurkan sedikit madu ke dalam minuman kanak-kanak, kanak-kanak akan lena dengan nyenyak.
7. Minumlah sesudu besar madu bersama segelas air suam setiap pagi untuk kesegaran sepanjang hari.
8. Penyakit mata, Titiskan sedikit madu pada mata.
9. Sapu pada kesan gigitan atau sengatan serangga berbisa.

“MIRACLE ANTIBI0TIK”
SAPULAH MADU HUTAN ASLI JIKA ANDA
a) Kemalangan ke atas luka; memberhentikan darah dengan segera
dan luka terlindung dari kuman.
b) Kelecuran akibat api, air panas, ekzos motor, minyak panas dan
lain-lain.
c) Kudis, kurap dan lain-lain penyakit KULIT.
d) Sakit mata – Titiskan madu lebah dalam mata.

MENAMBAHKAN KELAZATAN MAKANAN
a) Makan bersama roti / biskut.
b) Bahan membuat kuih / kek.
c) Goreng atau panggang ayam.

Perhatian:
Jangan disimpan dalam peti sejuk.
elakkan dari memakan madu bersama tembikai.
elakkan dari terkena pancaran cahaya matahari.
jauhkan dari litar elektrik.
kurangkan pendedahan kepada unsur logam dan haba.
jangan gunakan madu untuk rawatan penyakit kronik tanpa nasihat pakar.

Khasiat Bawang Putih (Allium sativum)



Bawang putih digunakan sebagai bumbu yang digunakan hampir di setiap makanan dan masakan Malaysia. Sebelum dipakai sebagai ramuan, bawang putih dihancurkan dengan ditekan dengan sisi pisau (dikeprek) sebelum dihiris halus dan ditumis dengan sedikit minyak goreng. Bawang putih boleh juga ditumbuk dengan pelbagai jenis bahan ramuan yang lain.
Bawang putih mempunyai khasiat sebagai antibiotik alami di dalam tubuh manusia. Bawang ini telah dikenal pasti dapat memecahkan kolesterol yang menyekat perjalanan darah pada salur darahdan kolesterol ini dikenal pasti sebagai punca kepada penyakit darah tinggi.Ia juga membantu menyegarkan pernafasan sekalipun tempat yang banyak karbon monoksida (asap kenderaan).

Sayuran ini juga dapat menghindarkan seseorang daripada diserang kanser kerana kandungan mineralnya membantutkan ketumbuhan tumor dalam tubuh badan.Selain itu bagi mereka yang mempunyai masalah jerawat, kuman tersebut dapat dibunuh dengan menumbuk bawang putih serta menepekkannya di bahagian yang berjerawat.



Garlic telah digunakan sejak turun temurun untuk tujuan kesihatan. Persoalannya adakah ia benar-benat berkesan sebagaimana yang dikatakan ? Antara penyakit yang dikatakan boleh dibantu dengan pengambilan garlic ialah penyakit cardiovascular system dan kanser.

Antara bahan aktif garlic ialah :
  • alliin – dalam garlic yang segar
  • allicin
  • diallyl disulphide (ia mengeluarkan bau seperti sulfur menyebabkan ada orang yang tidak suka mengambil garlic)
  • ajoene
Garlic juga mengandungi pelbagai bahan yang lain. Dianggarkan lebih 200 bahan terdapat dalam garlic termasuklah selenium (sejenis anti-oksident), kalsium, vitamin B, C dan sebagainya.

CVD (Cardiovascular disease)

Garlic telah didapati membantu dalam perkara-perkara ini :
  • mengurangkan kolesterol tidak baik (LDL) dan triglycerides (lemak di dalam darah). Garlic juga mungkin meningkatkan kolesterol baik (HDL). Bagaimanapun ada kajian mendapati kandungan kolesterol menjadi bertambah tinggi selepas pengambilan garlic. Ini adalah disebabkan kolesterol yang telah melekat di saluran darah (atherosclerosis) dikikis oleh garlic dan kolesterol ini masuk ke dalam saluran darah. Ini membuktikan keberkesanan garlic dalam mengurangkan atherosclerosis – sila lihat di bawah.
  • mengurangkan kemungkinan darah menjadi beku (blood clot). Pembekuan darah adalah tinggi disebabkan cara hidup moden seperti kerana pencemaran udara, merokok, tekanan perasaan kerana kerja dsb, pemakanan yang banyak lemak dsb.
  • membantu mencairkan blood clot yang sedia ada. Ini mengurangkan risiko mendapat angin ahmar (stroke).
  • mengurangkan berlakunya proses atherosclerosis.
  • mengurangkan tekanan darah. Ia berlaku kerana beberapa sebab :
    • garlic membuang bakteria yang tidak baik dari usus. Bakteria ini boleh menyebabkan tekanan darah naik.
    • garlic mempunyai kesan diuretik iaitu pembuangan air dari badan. Ini menurunkan tekanan darah.
    • garlic menyebabkan prostaglandins (sila lihat rencana mengenai evening primrose oil) meregangkan (relax) saluran darah dan ini juga mengurangkan tekanan darah.
Antara produk lain yang baik untuk pesakit CVD ialah Lecithin, Vitamin E dan Minyak Ikan (mengandungi EPA dan DHA). 

Kanser

Garlic mungkin sangat baik untuk membantu mengawal kanser. Kajian di kalangan rakyat China dan Italy menunjukkan risiko mendapat kanser perut adalah lebih rendah dengan pengambilan garlic. Garlic juga mungkin baik untuk jenis-jenis kanser yang lain.
Garlic melindungi dari kanser dengan cara termasuk menyekat pengeluaran nitrosamine, menguatkan sistem imuniti pengambil garlic dan sebagainya.
Antara produk lain yang mungkin sesuai untuk pesakit kanser yang banyak diperkatakan sekarang ialah Shark Cartilage.

Kelebihan-kelebihan lain
  • Garlic sering diambil bersama-sama Horseradish untuk merawat masalah resdung, selsema dan sinus.
  • Garlic memperbaiki penghadaman anda. Ia berupaya membunuh bakteria yang tidak baik di dalam perut dan usus. 
  • Garlic membantu bagi mereka yang bermasalah membuang air (sembelit).
  • Sulfur di dalam garlic mempunyai ciri-ciri antibiotik dan antifungus dan ini baik untuk masalah kulit seperti psoriasis dan jerawat.
  • Garlic telah digunakan dengan jayanya dalam masalah rheumatoid arthiris (sakit sendi).
  • Garlic baik untuk pesakit kencing manis kerana ia boleh mengurangkan kadar gula.
Salah satu bahan aktif garlic, ajoene, didapati berupaya menghalang pencernaan lemak dengan membantutkan tugas enzim lipase, iaitu enzim yang bertugas memecahkan lemak sebelum ia diserap. Oleh itu lemak tidak diserap. Bagaimanapun kajian tersebut dijalankan secara in vitro (in vitro bermakna di luar badan manusia). Pembantutan tugas lipase adalah cara bekerja sejenis ubat kurus yang terbaru di pasaran (Xenical). 
Penyakit Yang Dapat Diubati :

Hipertensi, Asma, Batuk, Masuk angin, Sakit kepala, Sakit kuning; Sesak nafas, Busung air, Ambeien, Sembelit, Luka memar, Abses; Luka benda tajam, digigit serangga, Cacingan, Sulit tidur (Insomnia);

Cara-cara Penggunaan :

1.Hipertensi
Ambil > 2-3 ulas bawang putih dikupas, cuci, kunyah, lalu ditelan sambil minum air hangat. Lakukan 3 kali sehari. B > Bawang putih dibakar sampai matang, makan. Dua hari pertama makan 6 ulas selanjutnya selama seminggu makan 2 ulas.

2.Sakit kepala
Umbi bawang putih dilumatkan, lalu borehkan pada dahi.

3.Flu
Bawang putih, bawang merah, jahe dengan takaran yang sama dikupas, cuci, seduh. Tutup selama 15 menit, sisihkan jahenya, makan bawang merah, bawang putih, minum airnya.

4.Disentri
2 ulas bawang putih dikupas, cuci, rebus dengan segelas air. Minum sebelum makan. Lakukan 3 kali sehari, selama 2-3 hari.

5.Batuk rejan dan bronkhitis
30 gram bawang putih, kupas, cuci, lumatkan, campur dengan gula batu dan segelas air matang, diamkan selama 5-6 jam. Minum 1 sendok makan penuh setiap hari selama beberapa hari.

6.Borok
2-3 ulas bawang putih dikupas, cuci, lumatkan, campur dengan 1 sendok minyak kelapa sampai rata. Oleskan pada bagian yang bengkak.

7.Luka kena benda tajam berkarat
Bawang putih dikupas, cuci, bakar, celupkan ke dalam minyak kelapa, lumatkan. Oleskan pada bagian yang luka.

8.Cacingan
3 ulas bawang putih dikupas, cuci, kunyah sampai halus, telan dan minum air hangat. Lakukan 1-2 kali sehari.

9.Nyeri haid
2 ulas bawang putih dikupas, kunyah halus, telan. Minum 2 sendok makan air hangat. Lakukan 2 kali sehari.

10.Migrain
2 ulas bawang putih dikupas, cuci, kunyah perlahan sampai lumat lalu telan dan minum air hangat. Lakukan 2 kali sehari.

11.Perut kembung
2 ulas bawang putih dikupas, cuci, kunyah perlahan sampai halus, telan lalu minum air hangat. Lakukan 3 kali sehari.

12.Bisul yang baru tumbuh
1 ulas bawang putih, kupas, cuci, belah. Oleskan pada bisul yang baru timbul. Lakukan berkali-kali.

13.Sakit maag
Bawang putih laki-laki (yang tumbuh sendiri, tunggal, tidak bergerombol) , dikupas, cuci, kunyah. Lakukan 3 kali sehari.

14.Asma, batuk, masuk angin
3 ulas bawang putih dikupas, cuci, lumatkan. Beri 1 sendok makan madu dan gula batu yang sudah dicairkan. Campurkan semua bahan, aduk rata, saring. Minum setiap pagi sampai sembuh.

15.Mengeluarkan serpihan kaca, kayu/duri
Bawang putih dikupas, cuci, lumatkan.. Tempelkan pada bagian yang dimaksud.

16.Ambeien
Bawang putih dikupas, cuci, lumatkan, peras, oleskan airnya di sekitar anus setiap hari.

17.Cantengan
Cuci 2 ulas bawang putih yang sudah dikupas dan 2 kemiri. Lumatkan dan beri garam dapur. Tempelkan pada kuku yang bengkak, balut. Ganti sehari 2 kali, pagi dan sore.

18.Digigit serangga beracun
6 ulas bawang putih dikupas, cuci, lumatkan, oleskan pada bagian yang disengat, balut.

Sebaiknya bawang putih tidak dimakan mentah, karena mengganggu lambung, lebih baik direbus, digoreng, atau dipanggang lebih dulu.

 Perkara-perkara lain
  • Garlic yang tidak berbau (odourless garlic) tidak mengandungi bahan aktif sulfur. Ini mungkin mengurangkan keberkesanan garlic tersebut.
  • Pengambilan garlic untuk jangkamasa yang lama dan dalam dos yang tinggi perlu untuk mendapatkan kesan yang baik.
  • Kesan sampingan garlic termasuklah ketidakhadaman yang berlaku pada individu tertentu dan bau mulut menjadi ‘busuk’ – terutamanya kepada mereka yang tidak suka garlic.

Khasiat Halia




Halia berasal dari Asia Tenggara dan kini ditanam secara meluas di Jamaica dan beberapa kawasan tropika. Akar halia terkenal sebagai herba yang digunakan untuk masakan dan juga perubatan. Halia telah digunakan oleh pakar herba China lebih 2,500 tahun lalu.

Khasiat halia

Sejak zaman berzaman, halia sering digunakan untuk melegakan rasa loya, masalah sukar penghadaman, artritis dan membantu melancarkan peredaran darah. Halia juga mempunyai keupayaan untuk melegakan masalah kekejangan perut. Akar halia turut membantu menyokong sistem kardiovaskular yang sihat dengan menjadikan platelet kurang pekat sekali gus mengurangkan masalah peredaran darah.

Minyak halia yang digunakan untuk mengurut membantu melegakan kesakitan akibat artritis berikutan bahan anti-radang yang terdapat dalam tanaman tersebut.

Menurut kajian, halia membantu menurunkan kadar penyerapan kolesterol di dalam hati dan darah selain mengurangkan sakit kepala atau migrain. Kandungan shogoal dan gingerol dalam halia juga mampu meneutralkan asid dalam perut, merangsang pengeluaran jus penghadaman dan juga membantu memperbaiki otot otot penghadaman.

Bagaimana menggunakan halia

>> Dihiris atau ditumbuk untuk digunakan dalam masakan.

>> Campuran akar halia dan ekstrak limau nipis membantu melegakan penghadaman. Ia juga boleh dijadikan minyak dan disapu di bahagian yang sakit.

>> Halia segar yang dibuang kulit boleh dimakan setiap empat jam tetapi tidak lebih tiga kali sehari untuk melegakan masalah perut. Teh halia boleh diminum beberapa beberapa kali sehari.

Cuba minum segelas teh halia untuk meredakan masalah selesema. Menurut kepercayaan masyarakat Cina, tenaga dalam halia dapat memanaskan paru-paru dan perut. Untuk membuat teh hali cuba resipi mudah ini.

>> 4 gelas air

>> 2 inci halia segar

>> Hirisan lemon dan madu (sebagai penambah perisa)

Kupas dan hiris akar halia. Isikan air ke dalam periuk dan biarkan ia mendidih. Tambah sehiris halia ke dalam air yang mendidih. Kecilkan api, tutup periuk dan biarkan selama lebih kurang 15-20 minit. Tapis, tambah lemon dan madu sebagai penambah perisa

Maklumat tambahan mengenai halia

Selain pelbagai khasiat yang terkandung dalam halia, berita baik kepada semua, halia tidak mempunyai sebarang kesan negatif dan selamat diambil dalam bentuk apa sekali pun.

Kapsul halia perlu diambil bersama segelas air. Halia boleh diambil sehari selepas seseorang menjalani pembedahan untuk mengurangkan rasa loya. Bagi mereka yang menjalani rawatan radioterapi atau kemoterapi, pengambilan halia mampu mengurangkan kerengsaan perut.

Lain-lain khasiat halia

>> Mengubati selesema dan asma

Pengamal perubatan tradisional mencadangkan pesakit selesema dan asma mengunyah halia segar atau minum teh halia ataupun perahan jus akar halia bersama satu camca madu.

>> Mengurangkan sakit sendi, sakit otot dan kolesterol

Sakit-sakit pada otot dan sendi juga dapat diatasi dengan penggunaan halia. Untuk otot yang sakit, minyak halia dicampurkan dengan minyak neutral lain dan digosok ke bahagian tersebut.

>> Mengubat batuk

Dengan menghisap hirisan halia dapat melegakan batuk dan gatal-gatal tekak. Amalan ini lebih mujarab jika air halia dicampur dengan sedikit madu.

>> Menghilangkan bau mulut

Halia memang berkesan menghilangkan bau mulut yang menimbulkan ketidakselesaan. Hiris halia dan rebus hingga mendidih. Biarkan sejuk seketika dan minum. Atau tumbuk halia hingga lumat dan kemudian tapis. Campur dengan air yang sudah dimasak. Amalkan minum air halia tersebut waktu pagi dan petang.

Dipetik dari:http://www.utusan.com.my

Khasiat Kurma




Kurma diangkat tinggi oleh Rasulullah SAW kerana mempunyai nilai kandungan makanan yang tinggi. Kandungan protein di dalam kurma lebih kurang 1.8 hingga 2.0%, serat 2.0 hingga 4.0% manakala kandungan gulanya 50 hingga 57% glukosa. Ini menunjukkan kandungan gula di dalamnya telah ditukar secara semulajadi.


Diserap Serta-merta

Bermakna apabila kita memakan kurma, tenaga yang diserap tubuh adalah serta-merta. Sebaliknya gula dalam kebanyakan buah-buahan dikenali sebagai fraktosa dan gula tebu atau gula pasir yang biasa mengandungi sukrosa tidak boleh menyerap terus dalam tubuh. Ia terpaksa dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi glukosa lalu diserap tubuh sebagai tenaga.


Tenaga Serta-merta

Disunatkan berbuka dengan kurma kerana orang yang berpuasa tidak makan selama 12 jam. Kurma menyumbang tenaga serta-merta kepada si pemakan dan ini memudahkan seseorang beribadat dan menunaikan sembahyang Maghrib atau tarawih. Apabila tubuh berasa segar dan bertenaga ia menghalang kita makan berlebihan atau mengikut nafsu. Kadangkala waktu berbuka kita makan terlalu banyak, tetapi masih letih dan tidak bertenaga. Sebabnya makanan yang diambil kebanyakan mengandungi karbohidrat, tanpa tenaga serta-merta menjadi penyebab selesai makan, mata pun mengantuk.


Kulit Mengandungi Serat, Sumber Utama Potassium

Kita makan kurma tanpa buang kulitnya yang mengandungi serat. Amat baik untuk mencegah barah usus besar kerana ia melawaskan. Sementara kandunganvitamin A dan C amat tinggi pada peringkat khalal atau rotab dan menurun sedikit pada peringkat tamar. Selain itu ia mengandungi pelbagai zat galian dan yang paling banyak ialah potassium. Potassium diperlukan oleh tubuh untuk sistem saraf. Kurma adalah sumber terbaik potassium. Memang dalam susu, yogurt dan makanan laut juga mengandungi potassium tetapi jumlahnya sedikit.

Menguatkan Ingatan

Ramai beranggapan hanya kismis yang baik untuk menguatkan ingatan, sebenarnya kurma juga setanding. Mungkin atas alasan pihak-pihak tertentu atau negara pengeluar anggur telah menjalankan kempen makan kismis dan mempopularkan khasiatnya.


Penawar Racun

Diriwayat oleh Aishah r.a. yang menjelaskan, kurma mengandungi ubat. "Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan."

Meredakan Tekanan Darah

Dalam bidang perubatan dengan ketiadaan kolesterol, lemak dan gula di dalam kurma, ia amat baik untuk meredakan tekanan darah tinggi. Dalam perubatan homeopati, biji kurma dikisar halus atau dijadikan serbuk seperti teh. Direndam dan diminum bagi menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.


Menambah Tenaga Seksual

Melalui petua tertentu, kurma dimakan bersama badam dan madu untuk menyembuhkan penyakit. Kurma dikatakan menambah tenaga seksual atau batin. Jus buah kurma mungkin baru di negara ini, sebaliknya di negara pengeluar selain dimakan segar, kering atau salai, kurma dibuang biji dan diganti dengan kacang tanah, badam atau gajus bagi mengenakkannya. Kurma juga dibuat jem, sirap atau bahan tambahan dalam aiskrim.


Kandungan Kurma

Kurma sejenis buah yang kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potassium, vitamin A dan C dan juga niasin. Ia lazimnya dimakan semasa bulan Ramadhan dan mempunyai khasiat serta nilai yang tinggi dalam dunia perubatan tradisional.

Dari segi saintifik amat berkesan bagi mengubati gangguan usus yang kronik, dimana ketidakserasian dengan gluten, menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna.

Kurma mengandungi sejenis bahan protein serta garam galian yang menghentikan tindak balas luar biasa yang dicetuskan oleh gluten dalam usus kecil. Tindakbalas itu jika dibiarkan boleh membawa kepada pengeluaran sel darahputih secara berlebihan.


Jus Kurma

Selain daripada gangguan usus, jus kurma berkesan untuk mengatasi masalahsembelit. Bagaimanapun minuman ini tidak sesuai di amalkan oleh mereka yang mengidap penyakit diabetes, kerana ia boleh mendatangkan kesan yang lebih serius.

Jus kurma juga merupakan penawar mujarab dalam perubatan tradisional untuk mengatasi masalah insomnia. Bagi mereka yang mengalami masalah batuk, jus kurma sesuai untuk diamalkan kerana kandungan gula dalam buah kurma bertindak menghilangkan gatal-gatal dalam kerongkong sekaligus menghentikan batuk.


Kurma Dalam al-Qur'an

Kurma dikatakan tumbuhan yang mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan yang banyak kerana telah terbukti, dalam al-Qur'an terdapat 21 ayat yang menyebut tentang kurma.

Mengikut pendapat pakar perubatan, buah kurma kaya dengan unsur zat besi dan kalsium yang sesuai untuk wanita sama ada semasa hamil dan selepasbersalin. Hal ini berasaskan kepada wahyu yang diturunkan oleh Allah kepada ibu Isa iaitu Maryam binti Imran supaya memakan buah kurma ketika beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin.


Herbalife


 

Herbalife diasaskan oleh Mark Hughes seawal tahun 1980. Seawal usia remaja, beliau mengambil semangat untuk mencari jalan penyelesaian dalam membantu manusia untuk ke arah kesihatan yang lebih baik dan menurunkan berat badan sejak kematian ibunya kerana mengambil pil langsing yang dibenarkan secara berlebihan. Atas semangat juang dan kental inilah, beliau telah membuat kajian mengenai keistimewaan herba sehingga ke negara China dan disulam dengan kecanggihan teknologi masa itu dengan menghasilkan produk Herbalife.


Setelah menjangkau lebih 30 tahun di pasaran dunia dan telah berada di Malaysia semenjak 2006, kesan positif mengenai produk ini semakin tersebar berikutan keberhasilan produk kesihatan ini. Ini semestinya adalah kerana mereka yang berada di belakang tabir syarikat ini bukanlah calang-calang orang. Mereka terdiri dari kalangan para saintis, doktor dan pakar pemakanan.


Herbalife merupakan syarikat terulung yang menawarkan produk berasaskan nutrisi selular. Konsep ini merupakan makanan nutrisi yang akan memperbaiki villi (sel), membantu menyerap lebih banyak nutrien daripada makanan serta memulihara dan menggalakkan pertumbuhan sel-sel yang sihat dalam tubuh badan kita.

Produk yang ditawarkan ialah produk nutrisi dalaman dan nutrisi luaran. Produk nutrisi dalaman dapat membantu kesihatan kita dari dalam dan menyerlahkan lagi kesihatan dan kecantikan semulajadi pada luaran.

(A) Inner Nutrition (Nutrisi Dalaman)
(i) Formula 1 Nutritious Mixed Soy Powder Drink 550g
- Hidangan menyihatkan yang mengandungi 19 vitamin perlu, mineral dan nutrien perlu yang lazat untuk membantu pengurusan berat badan.
- Rendah kalori
- Sangat mengenyangkan dan pemberi tenaga, sesuai sebagai pengganti makanan
- Kaya dengan sumber fiber
- Terdapat 5 jenis perisa yang sangat menyelerakan!

(ii) Blended Soy and Whey Protein Powder (Formula 3)
- Membantu pembinaan muscle
- Meningkatkan pertumbuhan lean muscle
- Memperbaiki tisu badan
- Tidak mengandungi gula, lemak mahupun laktose
- Membantu penstabilan pengambilan jumlah protein harian
(iii) Tea Mix - Lemon and Hibiscus (Original Taste atau Peach)
- Membantu mempercepatkan kadar pembakaran lemak dan kalori
- Membantu pemberi tenaga
- Melindungi badan daripada radikal bebas
- Membantu mengurangkan risiko penyakit jantung, kanser dan juga ulser

Gabungan tiga produk utama di atas dapat membantu kita dalam pengurusan berat badan; samada untuk mengurangkan berat, menaikkan berat badan kepada berat yang lebih ideal mahupun untuk mengawal /maintain berat badan.

Lebih utamanya, produk ini sangat sesuai untuk semua peringkat umur samada untuk bayi yang baru lahir sehinggalah ke golongan warga emas. Juga tiada pantang larang untuk wanita hamil mahupun yang menyusukan anak! Sukar untuk menjumpai produk pengurusan berat badan buat wanita yang hamil dan menyusu seperti Herbalife!

Hubungi saya untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai cara pemakanan dan harga yang ditawarkan.

Usah berfikir lebih lama kerana berfikir tanpa bertindak tidak memberikan sebarang manfaat buat anda!