Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages


Monday, June 11, 2012

KEK PELANGI


Bahan-bahan A
10 biji telur
320gm gula kaster
30gm ovellet
260gm tepung halus (superfine flour)
2 sudu teh serbuk penaik
80ml air

Bahan B
170ml mentega cair - sy ganti marjerin cair

Bahan-bahan C
Sedikit aneka pewarna mengikut kesukaan anda
300gm topping krim



Cara-cara penyediaan
Pukul bahan-bahan A selama 10 minit dengan kelajuan maksimum.
Kemudian masukkan mentega cair dan kacau sehingga sebati.
Bahagikan adunan mengikut warna pilihan anda dan warnakan.
Kemudian bakar adunan mengikut acuan yang berbeza. (saya bakar sekaligus)Bakar sehingga kek kekuningan dalam masa 10-15 minit dengan suhu 180 darjah celsius.
Selepas masak sejukkan kan kek.
Kemudian belah kek setebal 10mm dan lapiskan dengan krim berselang seli mengikut warna yang berbeza.(yang ni saya tak buat) 

KEK MANGKUK BIDADARI



Bahan=bahannya:

150 gram mentega
3/4 cawan gula halus
2 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu teh jus limau
2 cawan tepung naik sendiri
1/2 cawan susu segar
1/2 cawan sultana/ choc chip

Langkah-langkah membuat:

1. Panaskan ketuhar dengan suhu 180C
2. Putar mentega dan gula castor hingga berkrim
3. Masukkan telur dan putar lagi.
4. Masukkan esen dan jus serta diikuti dengan tepung naik sendiri.
5. Selangi dengan memasukkan susu segar hingga habis.
6 Kacau dan gaul hingga sebati.
7. Akhir sekali masukkan choc chip atau sultana.
8. Tuang ke dalam mangkuk kertas dan bakar 20-25 minit.
9. Uji kek dengan cucukkan lidi. Kalau lidi bersih kek telah masak.




Akak gunakan tepung gandum menggantikan tepung naik sendiri. Tapi tambah baking powder. 1 cawan tepung tambah 1 susu teh baking powder. Susu segar boleh diganti dengan susu cair dalam tin.. Kek ini kalau menggunakan tepung naik sendiri lebih cantik dan gebu kerana tepung jenis ini mengandungi jumlah agen penaik yang betul sukatannya dan telah disebatikan dengan tepung .. tapi kalau tak de stok boleh aja guna tepung cap sauh....selamat mencuba..