Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages


Thursday, July 26, 2012

Agar-Agar Kering Berperisa


Bahan-bahan

  • 50gm Agar-agar kering
  • 400gm gula pasir
  • 1 cawan gula batu
  • 8 gelas air
  • Emulco/pewarna mengikut selera masing-masing

Cara-cara

  1. Rebus agar-agar kering dengan 8 gelas air sehingga mendidih.
  2. Masukkan gula pasir dan gula batu. Biar mendidih lagi.
  3. P9260175
     Masukkan adunan kedalam loyang. Masukkan emulco/pewarna mengikut selera masing-masing. guna emulco strawberi untuk warna merah, pandan untuk warna hijau, pisang untuk warna kuning dan vanilla untuk warna putih.
  4. Setelah sejuk bolehlah dipotong. Jangan potong terlalu kecil sebab agar-agar mengecut selepas kering. Jemur agar-agar. Disini perlukan kesabaran ye. Sesekali balik2kan agar2 supaya kering sekata. Jemur sehingga agar-agar bersaka dan tidak melekat. jemur agar-agar ni selama seminggu.


Resipi Kek Batik Coklat
  • 200 gm digestive biscuits atau biskut marie
  • 100 gm butter
  • 250-300 gm milk chocolate (boleh juga guna 150 gm milk choc dan 150 gm dark chocolate)
  • 200 gm / 1/2 tin susu pekat manis
  • 80 gm kacang pistachio (boleh guna kacang lain juga)
  • 80 gm badam yg dibakar
  • 80 gm walnut yang dibakar
  1. Cairkan coklat, butter dan susu pekat manis secara kaedah double boiling. Kacau semua hingga cair dan sebati.
  2. Dalam mangkuk lain, patah-patahkan digestive biscuits dan campurkan dengan kacang-kacang tadi.
  3. Bila campuran coklat-butter-susu dah siap, tuangkan ke dalam mangkuk yang mengandungi biskut dan kacang.
  4. Kacau sebati dan masukkan adunan ke dalam bekas yang sesuai. Kami gunakan loyang kertas detachable supaya mudah keluarkan kek bila dah keras.
  5. Sejukkan kek batik coklat dalam peti sejuk selama beberapa jam sehingga keras dan mudah di potong :)
Chocolate Batik Cake Recipe
  • 200 gm digestive biscuits or marie
  • 100 gm butter
  • 250-300 gm milk chocolate (or 150 gm dark choc and 150 gm milk choc)
  • 200 gm / 1/2 tin condensed milk
  • 80 gm pistachio (or any kind of your liking)
  • 80 gm almonds, roasted
  • 80 gm walnut, roasted
  1. Using double boiling technique, melt the chocolate, butter and condensed milk. Mix well.
  2. In another bowl, crash the biscuits and mix with all the ready nuts.
  3. Pour the chocolate mixture into the bowl with biscuits and nuts. Mix well.
  4. Place a baking paper in a mould (or you can use a detachable mould as well). Pour the mixture into ready mould.
  5. Keep in fridge for several hours until the chocolate sets. This will make sure the cake is gonna be easy to cut.


Kek Batik


Bahan2
1 buku mentega
1 tin susu pekat
1 cawan milo
½ cawan serbuk koko
4 biji telur
½ kg biskut marie

Cara2
1-Sapukan mentega dalam bekas/loyang (saya guna ‘tupperware’, senang nak simpan)
2-Patah2kan biskut marie
3-Campurkan milo, koko & susu pekat; gaul sebati (dalam bekas; untuk elak berketul2)
4-Lenserkan mentega dalam kuali
5-Tuangkan (3) ke dalam kuali. Kacau
6-Masukkan telur. Kacau hingga hampir kering
7-Masukkan biskut marie. Kacau rata
8-Angkat + masukkan ke dalam bekas
9-Tekan sepadat mungkin. Simpan seketika di dalam peti sejuk sebelum dimakan (sekurang-kurangnya 2 jam)
Kek Batik Sarah (1/2 adunan) 
1/2 tin susu pekat
1/2 buku butter
1/2 cwn milo
1/4 cwn serbuk koko
2 'rows' biskut marie (1 peket 350g)
2 biji telur