Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages


Tuesday, September 18, 2012


Tips tanam kangkung

Tanaman kangkung menjanjikan pulangan lumayan jika diusahakan bersungguh-sungguh.


Kangkung (Ipomoea aquatic) tergolong dalam famili Convolvulaceae adalah berasal dari India. Di negara Cina, kangkung dikenali sebagaiweng cai.
Di negara barat pula, kangkung biasa disebut swamp cabbage,water convolvulus, atau water spinach.
Kangkung terbahagi kepada dua jenis iaitu kangkung darat dan kangkung air.
Perbezaannya boleh dilihat pada bentuk daun, batang dan warna bunga. Kangkung darat berdaun tirus, batang berwarna hijau cerah dan bunga putih.
Manakala kangkung air pula berdaun agak lebar, batang lebih besar dan hijau tua, bunga kemerah-merahan.
Kangkung darat boleh ditanam di batas seperti sayur lain, tetapi kangkung air hanya hidup di kawasan yang berair.
Terdapat banyak khasiat pada kangkung, antaranya sebagai antitoksik, sedatif, antiradang, deuratik dan boleh menyejukkan badan. Kangkung juga kaya dengan vitamin A, B, C, protein, fosforus dan karoten.
Penanaman
nKangkung boleh dibiakkan dengan dua kaedah iaitu biji benih (kangkung darat) dan vegetatif bagi kangkung air (keratan batang yang berakar).
-Biji benih kangkung tidak perlu disemai kerana ia besar dan mudah hidup jika ditanam terus di atas batas.
-Batas disediakan selebar satu meter (m) dan panjang bergantung pada kawasan dan tujuan penanaman. Semasa menggembur tanah, tambah bahan organik sebagai baja permulaan dan menyuburkan tanah.- Setiap satu meter lebar , empat alur boleh terhasil kerana jarak yang disyorkan antara alur ialah 20sm.
-Biji benih ditabur jarang-jarang di dalam alur.- Sungkupan seperti jerami padi diletakkan di permukaan batas yang terdedah untuk kawalan rumpai dan mengekalkan kelembapan tanah.- Selepas antara tiga dan empat hari, biji benih akan bercambah.- Kaedah menanam kangkung air pula, batang kangkung yang telah berakar dipotong sepanjang antara lima dan lapan sentimeter
Kemudian cucuk batang kangkung yang berakar secara mencondong di kawasan tanah lembap dan berair.
Pengairan
nKangkung perlu air yang agak banyak. Keadaan tanah yang kering dan cuaca terlalu panas tanpa air boleh membantutkan pertumbuhan kangkung sekali gus menurunkan kualitinya.
nSiram air setiap dua kali sehari pagi dan petang kecuali hari hujan.
Pembajaan
- Semasa menyemai, sedikit baja organik telah digaul semasa penyediaan batas. Kadar itu cukup bagi kangkung yang baru membesar.
-Baja kedua akan diberi pada minggu kedua selepas menanam. Baja organik jenis butir boleh ditabur di sepanjang setiap alur. Anggaran antara 40 dan 50 gram bagi setiap pokok.
nBagi yang suka menggunakan baja organik bentuk cecair, sembur baja sekali setiap minggu di waktu pagi.
Kawalan rumpai
-Rumpai perlu sentiasa dikawal untuk elak persaingan (makanan dan cahaya) dengan tanaman.
-Merumpai di atas batas secara manual, potong rumpai di luar batas dengan sabit atau mesin pemotong rumput.
Kawalan serangga perosak
-Kangkung jarang diserang oleh perosak atau penyakit. Namun sesekali ada juga serangga perosak yang mengganggu pertumbuhannya.
-Kepinding dan penyakit karat putih biasa ditemui pada pokok kangkung.
-Membuat penggiliran tanaman boleh membantu mengawal penyakit tersebut.
-Kepinding pula mudah dikutip dan dibuang.
Wednesday, September 12, 2012

Menu Seminggu Untuk Penurunan Berat Badan


Isnin

Bangun Pagi: 1 gelas air kosong
Sarapan: 1 mangkuk kecil oat & susu rendah lemak + air suam
Minum Pagi: 1 gelas air kosong
Makan Tengahari: 1 cawan nasi + 1 ketul ikan pari bakar dan air asam + 1 cawan ulam + 1 potong betik + 1 gelas air kosong
Minum Petang3.00 petang: 1 gelas air kosong 6.00 petang: 1 gelas air kosong + 1/2 potong jagung rebus
Makan Malam: 1 keping roti nan + 1/2 ketul ayam tandoori + 4 sudu kuah dhal + 1/2 biji jambu batu + 1 gelas air kosong
Minum Malam: 1 gelas air kosong

Selasa

Bangun Pagi: 1 gelas air kosong
Sarapan: 1 keping thosai & dal + air suam
Minum Pagi: 1 gelas air kosong
Makan Tengahari: 1 cawan nasi + 1 mangkuk tomyam campur + 1/2 cawan sayur campur + 1 biji pisang emas + 1 gelas air sirap limau
Minum Petang3.00 petang: 1 gelas air kosong 6.00 petang: 1 gelas air kosong + 1 ketul tauhu sumbat
Makan Malam: 1 mangkuk salad + 1 potong tembikai + 1 gelas air kosong
Minum Malam: 1 gelas air kosong


Rabu

Bangun Pagi: 1 gelas air kosong
Sarapan: 1 mangkuk kecil bijirin sarapan pagi & susu rendah lemak + air suam
Minum Pagi: 1 gelas air kosong
Makan Tengahari: 1 cawan nasi + 1 ekor ikan masak pindang & kuah + 1/2 cawan tauhu goreng + 1/2 biji buah jambu batu + 1 gelas air kosong
Minum Petang3.00 petang: 1 gelas air kosong 6.00 petang: 1 gelas air kosong + 1 biji pisang emas
Makan Malam: 1 keping capati + 2 ketul daging + 1/2 cawan dhal + 1 biji belimbing + 1 gelas air kosong
Minum Malam: 1 gelas air kosong + 1/2 biji buah jambu batu

Khamis


Bangun Pagi: 1 gelas air kosong
Sarapan: 1 keping thosai & dhal + air suam
Minum Pagi: 1 gelas air kosong
Makan Tengahari: 1 mangkuk mi sup-lebihkan sayur + 1 potong betik + 1 gelas air kosong
Minum Petang3.00 petang: 1 gelas air kosong 6.00 petang: 1 gelas air kosong + 1 ketul pulut panggang
Makan Malam: 1 mangkuk yong tau foo-lebihkan sayur + 1/2 biji mangga + 1 gelas air kosong
Minum Malam: 1 gelas air kosong + 1 potong tembikai

Jumaat


Bangun Pagi: 1 gelas air kosong
Sarapan: 1 gelas minuman bijirin oat (4 sudu) & susu rendah lemak + air suam
Minum Pagi: 1 gelas air kosong
Makan Tengahari: 1 cawan nasi + 3 ketul daging masak kari + 1 cawan sayur campur + 6 biji anggur merah + 1 gelas air sirap limau
Minum Petang3.00 petang: 1 gelas air kosong 6.00 petang: 1 gelas air kosong + 1 biji epal
Makan Malam: 1 mangkuk sup sayur-tambahkan perencah seperti udang atau ayam + 1 biji mempelam + 1 gelas air kosong
Minum Malam: 1 gelas air kosong


Sabtu

Bangun Pagi: 1 gelas air kosong
Sarapan: 1 mangkuk soto ayam + air suam
Minum Pagi: 1 gelas air kosong
Makan Tengahari: 1 set sandwich-roti mil penuh & tanpa mayonis + 1 gelas air kosong
Minum Petang3.00 petang: 1 gelas air kosong 6.00 petang: 1 gelas air kosong + 1 potong tembikai
Makan Malam: 1 cawan mi hailam-lebihkan sayur + 1 biji pisang emas + 1 gelas air kosong
Minum Malam: 1 gelas air kosong + 1 cawan salad


Ahad


Bangun Pagi: 1 gelas air kosong
Sarapan: 1 cawan mihun goreng + air suam
Minum Pagi: 1 gelas air kosong
Makan Tengahari: 1 cawan nasi ayam + 1 ketul ayam + 1/2 cawan salad/timun + 1 potong nanas + 1 gelas air kosong
Minum Petang3.00 petang: 1 gelas air kosong 6.00 petang: 1 gelas air kosong + 1 cawan jagung
Makan Malam: 1 mangkuk sup sayur + 1 biji pear + 1 gelas air kosong
Minum Malam: 1 gelas air kosong + 1 biji oren

Panduan:
-kurangkan atau elakkan mengambil nasi pada waktu malam
-elakkan dari makan malam selepas pukul 8.00-8.30 malam
-pilih bijirin sarapan pagi yang tinggi fiber
-campurkan sayur-sayuran dan buah-buahan kegemaran dalam salad
-susu yang digunakan adalah susu rendah lemak atau susu skim
-pilih kari tanpa santan atau jika kari bersantan, kurangkan pengambilan kuah
-nasi/mi goreng/hailam/sup/tomyam perlu dilebihkan sayur
-1 ketul ayam atau daging atau ikan merujuk kepada saiz 1 kotak mancis
-amalkan pengambilan air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari
-kurangkan minuman manis terutama kordial dan minuman berkarbonat

Tips Kurus : Cabaran 7 Hari Menu Diet Tanpa Nasi



jom kongsi bersama...cekedout

Hari Pertama (Tak ada nasi , hanya buah dan minuman yang sihat dan semulajadi)
  • Makan semua jenis buah kecuali pisang.
  • Untuk minuman, pilih yang sihat dan semula jadi.
  • Hindari minuman berkarbonat atau yang mengandungi kandungan gula yang tinggi.
  • Jus tembikai rendah kalori ialah pilihan paling tepat, oleh itu pastikan kamu kerap mengambilnya.
  • Selain itu, kamu disarankan makan sup.
Hari Kedua (Sayuran berdaun hijau , sup , kentang putar tanpa mayonis dan mentega , tak ada nasi lagi )
  • Semua jenis sayuran yang baik kecuali kacang pes dan jagung.
  • Kamu tidak dibenarkan makan kacang panggang dan seumpama dengannya.
  • Makan sehingga kamu sendiri puas dengan rasa sayur itu.
  • Paling disyorkan sayuran berdaun hijau.
  • Makanlah sebanyak mana sup yang kamu mahu.
  • Sebelah malam pula,makan kentang putar dalam hidangan besar.
  • Amaran penting,lupakan mentega dan mayones.Gantikan dengan sedikit garam dan lada hitam sebagai perasa.
Hari Ketiga (menu hari pertama dan menu hari ke dua , tanpa kentang putar … perghhhh ..)
  • Gabungkan menu hari pertama dan kedua.
  • Tetapi tidak perlu kentang putar untuk pelan hari ketiga ini.
  • Jika betul-betul mengamalkan diet ini, kamu sebenarnya sudah berjaya menurunkan berat antara dua kilogram hingga tiga kilogram. bayangkan…
Hari Keempat (pisang dan susu rendah lemak , ambil sebanyak mana mampu dan juga sup .. juga tak de nasi)
  • Makanlah pisang dan minum susu rendah lemak.
  • Sebaiknya ambil tiga biji pisang dan minum susu sebanyak mana yang kamu mampu.
  • Hari ini ialah hari yang sukar dalam pusingan diet tetapi kamu harus kekal berdisiplin demi menurunkan lebih banyak lagi kilogram.
  • Kamu juga masih tidak boleh melupakan sup dalam hidangan.
Hari Kelima (daging dan tomato , daging ayam atau  ikan , 6 biji tomato dan juga sup , tak de nasi lagi …)
  • Hari untuk daging dan tomato.
  • Kamu dibenarkan untuk makan daging putih(ikan atau ayam) antara 300 hingga 600gram,selain makan 6biji tomato segar.
  • Tomato sebenarnya membantu mencernakan protien dari mencuci pembinaan asid urik.
  • Pengambilan sup sudah memadai diambil sekali sahaja.
Hari Keenam (daging dengan sayur  berdaun lain , tanpa kentang putar , tanpa nasi dan juga sup …. )
  • Kamu dibenarkan makan daging bersama sayur.
  • Makanlah apa saja jenis stik kerana ia baik untuk kandungan jantung.
  • Tetapi jangan makan kentang putar.
  • Sebaiknya, tumpukan pada sayuran berdaun.
  • Sup tetap menjadi pilihan untuk melengkapkan menu.
Hari Ketujuh (baru ada nasi , tu pun dengan beras perang .. jus buah kurang manis dan sayur-sayuran .. dan juga sup)
  • Makanlah nasi menggunakan beras perang.
  • Lengkapkannya dengan jus buah-buahan kurang manis dan sayur-sayuran.
  • Kamu masih lagi disarankan untuk mengambil sup, sekurang-kurangnya sekali sehari.
hahaha ade berani mau cuba.... jom cuba bersama dan kurangkan obesiti kat malaysia nim, kesian baju2 cantik kat pasaraya tu mintak kiter beli...hehehe....bye
Monday, September 3, 2012

naik lagi berat badan aku ni..


disebabnya berat badan aku naik lagi lepas raya ni..masa raya lupa diri mkn je bila beraya dirumah keluarga dan juga kwan2 yg lain..terpaksaa aku beli clenx tea ni supaya cepatlah turun berat badan ku ni..habis baju aku tak muat dan sendat hbis....sampai tak boleh tdur dibuatnya..,harap2 dpat turun cepat,..sebab hubby dah bising kenapa syg dah gemuk. ;( perkataan gemuk ni aku paling pantang dengar ni buat naik angin dibuatnya..nasib baik hubby yg ckap.klau org lain yg ckap dah lama aku tampar dgn selipar jepun aku ni...sabar je lah..hehehhee

mari cerita pasal krim muka


hari kita ckap pasal krim muka yg baru aku beli..ini gara2 nak kurangkan kedutan dimuka aku ni..cuba bayang kan berapa lama aku tak menguna krim muka sejak sibuk menguruskan anak2 dan hubby aku..smpai lupa diri sendiri,pendekkan cerita lah..disebab kan minat sangat dengan maya karin,aku pun sanggup beli krim loreal utk anti kedut..mlas nak beli yg besar nanti tak sesuai kat muka aku ni,aku beli kecil2 je senang nak bawa klau pergi mana2..aku test dulu krim siang dulu klau ok.baru beli yg besar..masa mula2 pakai kat muka boleh tahan wanginya..lembut je kat muka aku ni,...baru pakai 2 minggu,aku rasa kurang juga lah kedut kat kawasan senyuman aku ni..kalau dulu nampak sgt lah kedut tu..umur baru 29 tahun ni dah ada kedutan..klau tak jaga sekarang teruk nanti muka aku ni....ok lah aku cerita lgi pasal krim malam pula..



yg gambar diatas tu.. krim malam loreal white perfect ni aku pakai waktu malam supay esok pagi nampak lah pink2 sikit..muka ni kurang dah putihnya,sebab sibuk je memanjang...krim ni pun ok juga lah sgt wangi da lembuk kat muka aku ni yg dah terjaga ni..sejak pakai loreal ni muka aku nampak juga lah serinya..kerana diriku begitu berharga kan,...heheheh(~_^)



ada lagi cerita pasal krim muka aku ni..kali ni  pasal olay total effects7.,.
krim olay ni aku paling lama pakai lebih kurang 8tahun lah lebih kurang..bagus sgt kat muka aku ni sebab olay ni 7 dlm 1 semua nya ada tak payah nak buat rawatan kat pusat kecantikan lgi kan..aku pakai sejak baru kahwin lagi..nampak muda lah daripada kak2 aku yg lain,..byk2 produk yg ada dipasaran sekarang smpai susah nak pilih mana satu nak pakai..loreal tu baru cuba lah katakan..tapi hatiku tetap kat olay ni..boleh jadi model olay ni..terlebih sdah..hahahaaa ;)