Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages


Tuesday, February 28, 2012

Amalan dan doa ketika mengandung

Sewaktu mengandung, sebaik-baiknya kita membaca surah-surah di dalam Al-Quran untuk dijadikan amalan harian.
Ia juga baik diamalkan sewaktu membesarkan anak-anak.
1. Surah Yusuf: Utk mendapatkan anak yang comel/cantik
2. Surah Luqman: Utk mendapatkan anak yang bijak/pintar/pandai
3. Surah Maryam: Utk mendapatkan anak yang soleh
4. Surah An-Nahl ayat 78: Utk memudahkan bersalin (dengan izin Allah SWT)
5. Surah Al-Fatihah
6. Surah Yaasin
7. Surah Ayatul Kursi
8. Surah Al-Araaf ayat 189
9. Surah Al-Imran ayat 38: Doa memohon anak yang baik
10. Surah Al-Imran ayat 8-9: Doa memohon rahmat
11. Surah Ibrahim ayat 40: Doa agar anak tetap mengerjakan solat
12. Surah Al-Baqarah ayat 128: Doa agar anak patuh kepada Allah SWT
13. Surah Yassin ayat 22 – 23: Untuk menjaga aqidah/memberi hidayah kepada anak
14. Surah As-Sajdah ayat 7-9: Doa agar anak menjadi orang yang soleh dan baik
15. Surah Al-Furqan ayat 74: Doa agar dikurniakan anak yang menyejukkan/menyenangkan hati ibu bapa/doa untuk mendisiplinkan anak/doa untuk kebahagiaan sekeluarga.
***************************************
Untuk mudahkan anak-anak menerima pelajaran, suruh anak-anak mengamalkan bacaan surah Al-Insyirah ayat 1 – 8 (Alam Nasyrah) dan surah Al-Alaq (Iqra’) dalam solat Subuh.
Selain itu, hafal serta amalkan surah An-Nur ayat 30 untuk terangkan hati, insya-Allah.
SURAH AL-IIIJ’R (Batu Gunung)
Barangsiapa membaca 3 ayat yang terakhir dari surah ini ke atas perempuan yang selalu anak kandungannya gugur, nescaya anak kandungannya itu akan terselamat.
SURAH YUNUS (Yunus)
Barangsiapa membaca ayat 31 dari surah ini ke atas perempuan yang hamil, nescaya ia melahirkan anak dalam kandungannya itu dengan selamat.
SURAH YUSUF (Yusuf)
Barangsiapa membaca ayat 68 dari surah ini, nescaya Allah akan mengurniakan kesolehan kepada anak-anaknya.
Barangsiapa membacanya akan dimurahkan rezekinya dan diberikan kemuliaan kepadanya.
Barangsiapa membaca ayat 64 dari surah ini, ia akan terhindar dari kepahitan dan kesukaran hidup.
SURAH IBRAHIM (Ibrahim)
Barangsiapa membaca ayat-ayat 32 hingga 34 dari surah ini, nescaya anak-anaknya akan terhindar dari perbuatan-perbuatan syirik dan bida’ah.
SURAH MARYAM (Maryam)
Barangsiapa membacanya, nescaya akan mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat.
SURAH AS-SAJDAH (Sujud)
Barangsiapa membaca ayat-ayat 7 hingga 9 dari surah ini ke atas kanak-kanak yang baru lahir, nescaya ia akan terhindar dari segala penyakit rohani dan jasmani.
SURAH LUQMAN (Luqman)
Barangsiapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari segala penyakit terutama dari penyakit perut.
Barangsiapa membaca ayat 31 dari surah ini, nescaya akan terselamat dari bencana banjir.
Wallahu a’lam.


Monday, February 27, 2012

sarapan ringkas tapi berkhasiat untuk kanak-kanak

(Menu segera)


 *Muffin oat*
Muffin yang kaya dengan serat ini kurang kandungan lemaknya.
Muffin oat mengandungi potassium dan magnesium yang banyak.




(Buah-buahan)












Buah epal kaya dengan serat dan sangat menyegarkan.Pisang pula kaya 
dengan potassium.Kanak-kanak biasanya akan kehilangan potassium ketika 
melakukan aktiviti fizikal.Jadi,pengambilan pisang akan dapat menggantikan potassium yang hilang itu.Kismis pula kaya dengan tenaga dan serat.pilihlah satu yang anak suka.


(Menu 2 minit)



*Smoothie pisang dan oren*
Jus oren,yogurt rendah lemak dan pisang perlulah dikisar sehingga hancur.Tuangkan
dalam gelas dan hidangkan kepada anak.
Minuman ini kaya dengan karbohidrat,vitamin dan mineral dan kalsium.


*Salad buah-buahan*
Potong dadu beberapa biji buah-buahan yang berlainan jenis dan masukkan kedalam 
mangkuk.Campurkan dengan sedikit dadih untuk menambahkan kandungan protein dan kalsium
dalam hidangan ini.


*Bijiran sarapan pagi*
Pilih bijirin yang digemari anak,Tuangkan susu segar dan akhir sekali tambahkan dengan
kismis serta kekacang untuk lebih enak.Ringkas dan berkhasiat.


(Menu 10 minit)
*Roti gandum bakar bersama pisang*
Bakar roti menggunakan alat pembakar roti dan letakkan pisang yang sudah dipotong nipis di atasnya.Selain  pisang anda  boleh juga gunakan buah strawberi sebagai ganti topping roti 
bakar  anda.Untuk menambahkan keenakkannya,tuang kan madu keatas buah-buahan tersebut.


*Sandwic telur*
Sapukan mentega pada 2 keping roti gandum dan kemudian letakkan telur rebus yang sudah
dihancurkan bersama mayones ditengah-tengahnya.Untuk mendapatkan khasiat daripada 
sayur-sayuran,letakkan juga hirisan tomato dan timun bersama sedikit daun salad..


Selamat mencuba (^-^)





Thursday, February 16, 2012

kenapa selalu ada kecurangan dalam rumahtangga kita

hubungan sulit suami dengan orang ketiga sering kali  dianggap sebagai pasangan 'main kayu tiga' atau lebih mudah dikatakan  curang.kenapa dan mengapa berlakunya fenomena ini berlaku dalam rumahtangga, hanya suami saja yang dapat menjawapnya. sekarang ramai juga lelaki yang berstatus suami mula berani menjalinkan hubungan sulit dengan wanita lain diluar pengetahuan si isteri. secara umumnya,lelaki yang sering dikaitkan sebagai curang,namun kajian  menunjukkan peratusan mereka yang curang ini sering dikaitkan  dengan kerjaya tertentu.Eksekutif muda,dokter,ahli perniagaan,juruterbang,pramugari dan kelasi sering dikaitkan dengan curung,tidak lupa juga orang biasa seperti kita..Curang juga boleh memyebabkan perceraian, Tidak ramai pasangan mengambil keputusan bercerai bila mengetahui pasangan curang,namun kurang daripada 20% bercerai  dan 80% daripadanya menyesali perbuatan curangnya dan kembali kepada isteri.Selebihnya isteri kan minta cerai dari si suami kerana tidak dapat menerima kecurangan yang telah dilakukan suami,
Apa yang perlu dibuat apabila suami kita curang..jika sah suami kita curang, paling penting tenangkan diri kerana keputusan semasa emosi boleh menimbulkan masalah yang lebih besar dan kompleks.Buangkan perasaan sakit hati untuk mencari puncanya kenapa suami kita curang, Kemudiaan barulah kita buat keputusan yang terbaik sekali supaya kita tidak meyesali kemudian hari..kadang-kadang idea untuk melukakan diri sendiri atau pasangan yang hadir akibat daripada tekanan atau kemarahan yang membara sebaik mengetahui pasangan kita curang.jika kita mengalami ini  sebaiknya ada mendapatkan kaunseling daripada kaunselor berpengalaman atau rakan mahupun saudara yang ada percayai boleh membantu..


=(((
Monday, February 13, 2012

Doa perlindungan untuk anak-anak



Rasulullah s.a.w telah berdoa untuk perlindungan Hasan dan Husain (cucunya) dengan membaca:
Aku minta perlindungan bagi kamu berdua dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada setiap syaitan, binatang yang berbisa dan bencana ain (pandangan mata yang menimpakan penyakit).

Doa harian dan Pengertian doa



Di dalam kesibukan menjalankan pekerjaan harian, kita kadangkala terasa payah melakukan sesuatu. Bagaimanapun, kita selalu terlupa Allah subhana wa ta'ala berada di samping kita dan telah berjanji akan memudahkan hidup kita jika kita memintanya. Di dalam surah Al-Mukmin ayat 60, Allah menjelaskan:


Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina!

Doa Harian ini adalah himpunan doa-doa yang mudah tetapi penting di dalam pekerjaan dan amalan seharian kita, sebagaimana yang pernah dilazimkan oleh Nabi Muhammad s.a.w semasa hayat baginda.


Oleh kerana semua bacaan doa dan zikir tersebut dalam Bahasa Arab, maka disarankan kepada pembaca agar mempelajari bacaan teks doa atau zikir
daripada orang yang boleh atau memahami bahasa arab agar setiap kalimat yang dibaca betul dari segi bacaan dan maknanya kerana apabila bacaan berubah, maka ertinya juga akan berubah. Kalimat bahasa arab jugaadakalanya tidak dapat diterjemahkan ertinya dengan sepenuhnya kerana Nabi Muhammad s.a.w telah diberi kelebihan oleh Allah dengan "Jawami Al-Kalim" iaitu ucapan yang panjang dan mendalam. Adapun terjemahan setiap doa dan zikir hanyalah sebagai bantuan untuk memahami erti setiap bacaan agar menambahkan rasa khusyuk sewaktu membacanya.

Doa dalam bahasa arab, berasal dari kata ( دَعَا - ÙŠَدْعُÙˆ - دَعْÙˆَØ© ) yang bererti, memanggil, memohon atau meminta. Orang yang berdoa ertinya orang yang mengajukan permohonan kepada Allah tentang kebaikan diri, keluarga dan harta benda,urusan dunia, agama dan akhirat. Meminta turunnya rahmat dan terhindar dari bencana.

Di dalam Al-Quran kata-kata doa banyak kita temukan dalam beberapa ayat dan surah, mempunyai beberapa erti yang berbeza kandungan dan makna dari ayat-ayatnya dengan perbezaan susunan kalimat-kalimatnya pula.
Umpamanya:


a. Doa yang bererti ibadah atau menyembah. Sebagaimana firman Allah:

Dan jangan kamu berdoa (menyembah) selain Allah, sesuatu yang tidak memberi manfaat dan mudharat kepadamu...
(Surah Yunus ayat 106)
b. Doa yang bererti Istighathah (meminta tolong). Seperti Firman Allah:
...dan minta tolonglah kepada saksi-saksimu (sekutu-sekutumu) selain Allah jika kamu orang-orang yang benar.
(Surah Al-Baqarah ayat 23)
c. Doa yang bererti As-Sual (memohon), Seperti Firman Allah:
...mintalah kepadaKu, akan Ku perkenankan pintamu...
(Surah Al-Mukmin ayat 60)
d. Doa yang bererti An-Nidaa' (panggilan). Seperti Firman Allah:
Iaitu pada hari DIa memanggil kamu...
(Surah Al-Isra' ayat 52)
e. Doa yang bererti Ath-Thana' (pujian). Seperti Firman Allah:
Katakanlah Pujilah Allah atau Pujilah Ar-Rahman...
(Surah Al-Isra' ayat 110)
f. Doa yang bererti Al-Qaul (ucapan). Seperti Firman Allah:
Ucapan mereka di dalamnya ialah: Maha Suci Ya Allah...
(Surah Yunus ayat 10)


Sunday, February 12, 2012

sayur campur dengan udang



Dsc_0966    
BAHAN BAHANNYA;
*100 gram brokoli
*100 gram bunga kubis 
*1 bungkus putik jagung
*1 batang lobak merah 
*1 ulas bawang putih-ditumbuk 
*1 sudu kecil garam
*1 sudu besar air halia
*1 sudu kecil gula
*1 sudu kecil serbuk lada sulah
*1 sudu kecil serbuk  perasa 
*2 sudu besar sos tiram
*sedikit minyak bijan 
*1 sudu besar tepung jagung-bancuh dengan 2 sudu besar air
*sedikit udang hidup


















































CARAMEMBUAT;

1 .Masukkan 1/2 sudu kecil  garam,sedikit gula,2 sudu besar minyak bijan dalam 
         
   1/2 liter air yang mendidih. air halia,

2. Celur semua bahan sayuran tadi,angkat dan tos kan.

3. Tumiskan pula bawang putih sampai kuning,bubuh air halia,serbuk perasa udang,lada sulah,garam dan gula.

4. Masukkan sayur-sayuran yang telah dicelur tadi dan goreng sekejap.

5.Akhir sekaki bubuh sedikit tepung jagung untuk memekatkan kuah, sos tiram dan minyak bijan.


selamat mencuba ^-^

6 Cara payudara cantik

GERAKAN 1


kedua-dua tangan saling memegang di hadapan dada.Tangan kiri memegang lengan tepat di bawah siku kanan.
Tangan kanan pula memegang lengan di bawah siku kiri sehingga membentuk segi empat.
    Tolak pergelangan tangan kanan ke arah kiri dan pergelangan tangan kiki ke kanan secara 
    bersama hingga otot payudara terasa bergerak .Lakukan 3-8 kali kiraan.


GERAKAN 2


Rentangkan kedua tangan ke hadapan ,tekuk siku dengan tapak tangan mengenggam.Gerakkan tangan ke atas bawah,ke arah dalam secara bergilir -gilir antara kanan dan kiri tanpa bersentuhan satu sama lain sehingga payudara terasa naik dan turun.Lakuan 3-8 kali kiraan.


GERAKAN 3


Luruskan kedua tangan kehadapan,tekuk siku dengan tapak tangan mengenggam. Angkat kedua tangan keatas hingga otot payudara terasa tertarik.Lakukan 3-8 kali kiraan.


GERAKAN 4


Tangan kanan keatas dan kiri dipinggang,tarik tangan kanan ke belakang hingga 
payudara terasa tertarik.Kemudian tukar tangan kiri dan tangan kanan di pinggang pula.
Lakukan 3-8 kali kiraan.


GERAKAN 5


Angkat tangan ke atas dengan poosisi tapak tangan  menghadap keatas,putar ke arah harapan 
dan angkat semula kedua tangan sampai lengan atas bahagian dalam menyentuh payudara. Ia mengangkat payudara daripada bawah.Lakukan 3-8 kali kiraan.


GERAKAN 6
keduan tangan diluruskan disisi.tarik tangan ke belakang sejauh mungkin hingga payudara terasa terangkat.Lakukan 3-8 kali kiraan.




Tip Gerakan-gerakan ini boleh dilakukan  pada posisi berdiri atau duduk.
      Setiap latian , posisi tubuh dalam keadaan tegak dan ditarik kedalam.
      Selangkan 10 minit setiap gerakan.
      Elakkan kebiasaan menyebabkan payudara kelihatan jatuh seperti membongkokkan badan.






cubalah mungkin berkesan( ^-^ )

Tip Payudara sesegar epal



Jika kau  ada niat nak membesarkan  payudara tapi tidak cukup duit atau takut pisau bedah,
masih ada cara lain yg korang boleh lakukan.walau pun hasilnya tidak seratus peratus akan kekal,tetapi baik mencuba cara yang paling selamat..


(1)BERSUKAN


Payudara tidak mempunyi otot,ia hanya terdiri daripada sel lemak,saluran susu dan kelenjar.Aktiviti sukan tidak boleh memperbesarkan ukuran payudara tetapi dapat menjadikan tubuh lebih fit dan tegak,secara tidak 
langsung payudara kelihatan besar.
Berenang membuat payudara kelihatan lebih besar kerana melatih otot dada bergerak melawan air.Ini menyebabkan otot di bawah payudara tegang dan menjadikan jaringan otot dada lebih anjal dan tegang.


(2)  CUNA BRA KHUSUS


Pakailah  bra yang direka khas yang boleh memperbaiki penampilan tanpa perlu melakukan impilan.
Atau kamu boleh menggunakan bra yag mempunyai span,dengan cara ini payudara kamu kelihatan  lebih besar  daripada biasa..




(3) VISUALISASI PAYUDARA LEBIH BESAR


kamu pernah mendengar tentang The Secret? Rhonda Bryne  penulis buku yang mendifinasikan low of attractionkan,Satu prinsip ini tarik-menarikyang menerangkan apa yang kita cipta adalah pilihan yang kita buat dan fikirkan sendiri..
Kenapa tidak mempraktikkan prinsip ini utk membuat payudara kelihatan cantik?
Rilekskan diri ,urut payudara  dgn perlahan dan pastikan  kamu percaya bahawa payudara  menjadi lebih besar.Lakukan sekerap mungkin,ketika kamu sedang santai sendirian.


(4) HATI-HATI JANJI PALSU


selain suntikan dan vakum, ada suplimen  mampu membesarkan payudara.Namun tidak ada bukti suplimen adalah herba yg mampu memperbanyakkan pengeluaran susu bukan membesarkan payudara.Selain itu juga suplimen mengandungi fitoestrogen yg berfungsi seperti estrogen dlam tubuh membesarkan payudara tetapi belum ada kajian yg membuktikan suplemen jenis ini boleh membesarkan payudara..


Selamat mencuba =)
Thursday, February 9, 2012

5 Tip dan info



Lemon bukan sahaja mengenakkan makanan dan minuman tetapi boleh diguna sebagai bahan pembersih.
Guna Lemon Bersihkan Papan Pemotong
Sama ada anda menggunakan papan pemotong yang diperbuat daripada kayu atau plastik, anda boleh membersihkannya dengan lemon. Bagi papan pemotong kayu, gosok dengan hirisan lemon di bahagian yang kotor. Manakala untuk papan pemotong plastik, perah jus lemon dan gosok di permukaan yang kotor. Biarkan selama 20 minit sebelum dibilas dengan air bersih. Asid dalam jus lemon berkesan sebagai pembersih.
Cuka Sebagai Bahan Pencuci
Sabun memang sering digunakan untuk membersih di dapur. Sungguhpun begitu ada bahan lain yang boleh menggantikannya; cuka.
Cuka memang tahan dan lazimnya selalu disimpan lama kerana anda hanya menggunakan sedikit untuk memasak. Jika anda mempunyai banyak cuka berlebih, apa kata gunakannya sebagai bahan pembersih? Cuka berkesan digunakan untuk membersihkan kesan gris atau berminyak, contohnya permukaan serta celah-celah dapur masak atau penunu. Masukkan cuka dalam botol spray, sembur ditempat berminyak dan gosok bersih. Bukankah ini juga menjimatkan?
Selain cuka, anda juga boleh membuat bahan pembersih dengan mencampurkan sedikit bahan peluntur dengan air. Sungguhpun begitu, jangan campurkan bahan tersebut dengan air panas kerana bahan peluntur akan meluap dan hilang keberkesanannya.
Selain itu, jangan sesekali mencampurkan bahan peluntur dengan produk pembersih lain yang mengandungi amonia seperti bahan pembersih cermin.

Dapur yang bersih bukan sahaja sedap mata memandang, tetapi juga selamat daripada ancaman bakteria.
Sumber Bakteria
Tahu tak dari mana sumber bakteria yang memudaratkan seperti E. Coli, Salmonella, Staphylococcus dan sebagainya, paling mudah ditemui di dapur anda?
Jawapannya ialah di span pencuci dan kain pengelap! Itulah yang ditemui dalam kajian di Amerika.
Span pencuci dan kain pengelap yang basah menyediakan sumber kelembapan dan tempat yang gemar dihinggapi bakteria. Jadi pastikan setelah diguna, span pencuci dan kain itu dibersihkan dengan sabun dan dikeringkan.  Anda juga boleh membunuh bakteria itu dengan memanaskan kedua-duanya di dalam ketuhar gelombang mikro selama 60 saat.

Tepung Naik Sendiri
Tepung naik sendiri atau self raising flour boleh dibuat sendiri di rumah. Caranya mudah saja; campurkan satu cawan tepung gandum biasa dengan 1 1/2 sudu kecil serbuk penaik (baking powder) dan 1/2 sudu kecil garam.

Kismis hitam baik untuk otak.
Kismis
Kismis anggur hitam yang dikeringkan mengandungi kandungan gula yang tinggi. Antara jenis gula yang terkandung di dalam kismis adalah fruktosa dan glukosa. Gula ini dapat meningkatkan daya pemikiran otak, menajamkan memori dan menguatkan daya ingatan. Otak memerlukan gula untuk berfungsi dengan baik, dan kismis dapat menyediakan keperluan gula dalam kuantiti yang banyak dan cepat. Jadi, apa kata gunakan lebih kismis dalam masakan anda?

Artikal daripda( SAJIAN)

Safi Rania Gold Produk Anti Penuaan

Safi Rania Gold Produk Anti Penuaan



Ramai wanita yang inginkan kulit wajah yang cantik dan cerah. antara produk yang menjadi pilihan yelah Safi Rania Gold. bukan saja mudah didapati tapi harga yang jimat menarik ramai pembeli untuk mencubanya. Dilancarkan pada tahun 2009, Safi Rania Gold adalah produk anti penuaan yang diperkaya dengan formulasi Teknologi Nano Emas 24K yang menjanjikan keupayaan untuk mengurangkan kedalaman kedutan dan garis halus sehingga 55% dengan membaiki keanjalan kulit dalam hanya 3 minggu.


Rangkaian produk penjagaan kulit esklusif dari SAFI ini turut diperkaya dengan protein mutiara serta Vitamin B3 untuk mencerah, memulihkan kesegaran dan seri wajah sambil memperkuat struktur kulit.


  • 1.Krim Pembersih Wajah SAFI RANIA GOLD – 50g(RM8.90) /100g(RM14.90)
Pembersih muka ini bukan sahaja membersihkan kulit daripada segala kotoran, habuk dan daki, tetapi juga berkesan menanggalkan solekan sambil membuatkan kulit terasa segar sepanjang hari. Krim Pembersih Wajah SAFI RANIA GOLD diperkaya dengan pelbagai nutrien yang melembapkan kulit, menjadikannya lembut dan licin selepas setiap kali dicuci.

  • 2.Gel Pembersih Wajah SAFI RANIA GOLD – 50g(RM8.90) /100g (RM14.90)
Sesuai untuk kulit kering, formula imbangan pH Gel Pembersih Wajah SAFI RANIA GOLD lembut kepada kulit kerana ia tidak menghakis emolien semula jadi kulit setiap kali anda mencuci muka.

  • 3.Skrub Wajah SAFI RANIA GOLD – 75g(RM14.90)


Apabila usia kita meningkat, keupayaan kulit kita untuk menanggalkan sel kulit mati merosot, menyebabkan kulit semakin suram. Skrub Wajah SAFI RANIA GOLD membantu menanggalkan sel kulit mati dengan berkesan untuk menyerlahkan kulit yang sihat berseri. Gunakan dua kali seminggu untuk mendapatkan hasil yang ketara.


  • 4) Penyegar SAFI RANIA GOLD – 80ml(RM14.90)


Pori yang besar dan terbuka mudah memerangkap kotoran dan menimbulkan masalah kulit. Penyegar SAFI RANIA GOLD yang dirumus dengan air mawar mengecilkan pori dan membantu menyediakan kulit untuk menyerap lembapan secara optimum. Gunakan penyegar selepas setiap kali anda membasuh muka.


  • 5) Krim Kontur Mata SAFI RANIA GOLD – 15g(RM17.90)


Krim Kontur Mata SAFI RANIA GOLD dirumus khas untuk membaiki struktur kulit yang lembut di keliling mata, mengurangkan kemunculan garis halus dan mencerahkan lingkaran gelap bawah mata. Serlahkan kecantikan mata anda dengan sapuan krim ini siang dan malam.


  • 6.Krim Pelembap Siang SPF 20 ++ SAFI RANIA GOLD – 40g(RM23.90)


Untuk mengelakkan kesan buruk sinar UVA dan UVB matahari, sapukan Krim Pelembap Siang SAFI RANIA GOLD dengan SPF 20 ++ setiap hari. Anda bukan sahaja tidak perlu lagi risau tentang bintik penuaan dan warna kulit tidak sekata, bahkan kulit anda akan tampak lebih cerah dan sihat berseri!


  • 7.Krim Pelembap Malam SAFI RANIA GOLD – 40g(RM26.90)


Kulit kita dibaiki dan dipulihkan semasa kita tidur. Untuk memanfaatkan proses semula jadi ini, sapukan Krim Pelembap Malam SAFI RANIA GOLD untuk membantu proses penghidratan dan pemulihan kulit. Anda dapat melihat kulit anda lebih remaja dan berseri bila anda bangun setiap pagi!


  • 8.Krim Kecantikan SAFI RANIA GOLD – 16g(RM10.90)


Dengan Krim Kecantikan SAFI RANIA GOLD, kulit anda tidak akan tampak suram dan tidak bermaya. Diperkaya dengan nutrien, Krim Kecantikan SAFI RANIA GOLD membantu melenyapkan bintik penuaan dan garis halus. Krim Kecantikan ini juga boleh digunakan sebagai asas mekap.


  • 9.Serum SAFI RANIA GOLD – 20ml (RM35.90)


Mengandungi segala kebaikan Nano Emas 24K dalam bentuk serum yang menyerap pantas dan tidak berminyak untuk mengembalikan keanjalan kulit wajah. Mengandungi gabungan asid amino yang meneutralkan radikal bebas untuk menghalang kulit menjadi kusam

 sape yang penah try boleh lah share kat cini yer =D