Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages


Sunday, March 24, 2013

Lindsay Lohan Jalani 90 Hari Pemulihan, Rawatan Sakit Jiwa





LOS ANGELES, 19 MAC 2013: Selebriti yang seorang ini boleh dikatakan selebriti paling bermasalah di Hollywood dengan pelbagai jenis kesalahan dan insiden yang berlaku melibatkannya. Lindsay Lohan atau lebih dikenali dengan LiLo baru-baru ini didakwa kerana memandu secara berbahaya dan mengakibatkan kemalangan dan melanggar etika ketika masih dibawah pemerhatian.
Semalam di E! Online, LiLo dilaporkan sedang membuat rayuan kepada mahkamah setelah dijatuhkan hukuman 90 hari di pusat pemulihan, 30 hari khidmat komuniti, 18 bulan rawatan psikoterapi, denda dan pampasan pada mangsa akibat tindakannya itu.
Pendakwa Raya Santa Monica, Terry White menjelaskan bahawa hukuman asal adalah 90 hari di dalam penjara namun LiLo memohon untuk menjalani hukuman di pusat pemulihan atau rehabitilasi. Dalam pada masa yang sama LiLo tetap membuat rayuan bagi hukuman yang dijatuhkan kepadanya itu.
Bagi hukuman 30 jam khidmat komuniti, LiLo boleh menjalani hukuman tersebut di New York dan tidak perlu melakukannya di Santa Monica.
Pelakon bermasalah itu juga telah diberi amaran dan arahan untuk tidak memandu dibawah pengaruh alcohol, memandu dengan lessen dan insurans yang sah, tidak mengambil sebarang jenis dadah, menjauhkan diri daripada kawasan atau individu yang terbabit dengan dadah dan membayar pampasan kepada mangsa yang terlibat dalam kemalangan jalan raya Jun lalu.
Jumlah pampasan kepada mangsa akan diumumkan kemudian. Manakala bapa LiLo, Micheal Lohan dikatakan tidak berpuas hati dengan peguam yang mewakili LiLo. Menurut Micheal, peguam anaknya, Mark Heller tidak menjalankan tanggungjawab dengan baik untuk membela anak gadisnya yang bermasalah itu.
Micheal dikatakan menghalau peguam tersebut dan mengatakan bahawa peguam itu telah banyak melakukan kekacauan dalam keluarga mereka dan memanggil Mark Heller parasit.

Diana Danielle Tunjuk Baby Bump




Diana Danielle Tunjuk Baby Bump

KL, 14 MAC 2013: Sejak pelakon Diana Danielle disahkan hamil, sudah lama rasanya Murai Batu tidak mendengar cerita daripada aktres berkenaan.
Kerana difahamkan, dia terus terbang ke Australia untuk menyambung pelajaran.
Murai Batu hanya tahu perkembangan cerita Diana Danielle dari laman sosial Twitter dan Instagram sahaja,
Dalam foto Instgaram pelakon kacukan mat salleh itupun, hanya setakat paras muka sahaja foto yang telah dimuat naik.
Yelah, Murai Batu mahu juga melihat keadannya yang sedang hamil di sana.
Tapi semalam dalam sedang asyik melihat satu persatu gambar rakan di Instagram, Murai Batu ternampak foto yang dimuat naik oleh suami Diana Danielle iaitu Farid Kamil.
Comel sangat bila lihat dia memuat naik gambar Diana Danielle dengan menampakan perut atau baby bumpmiliknya.
Alhamdulilah, sihat walafiat Murai Batu tengok Diana Danielle disamping kuda kesayangannya bernama Nina Bonita.
Dalam foto tersebut, Farid Kamil telah menulis : She's back with a cute baby bump to show Nina Bonita
Wah! Maknaya Diana Danielle sedang berada di Malaysia sekarang ni?
Yelah, mestilah balik melepaskan rindu kepada suami tercinta.
Murai Batu tak pastilah berapa bulan pula kandungan Diana sekarang ini, tetapi kalau diikut perkiraan daripada November lalu, kira-kiranya sudah 5 bulan?
Entah lah, Murai Batu kurang pasti. Sebab Murai Batu belum ada pengalaman hamil.
Apa-apa pun Murai Batu doakan semoga kandungan Diana sihat dan dapat melahirkan dengan selamat. Beruntunglah Farid Kamil tidak lama lagi sudah jadi bapa.

Peminat Keliru Usia Kandungan Fasha Sandha?


Peminat Keliru Usia Kandungan Fasha Sandha?

KL, 14 MAC 2013: Tahniah Murai Batu ucapkan kepada pelakon Fasha Sandha yang dijangka akan melahirkan bayi lelaki sulungnya pada penghujung Mac atau April ini.
Seronok pula Murai Batu baca artikel Fasha Sandha di murai.com.my semalam yang ternyata teruja untuk menimang cahaya mata pertamanya bersama suami Jejai.
Dalam sedang asyik membaca, Murai Batu sempat juga membaca komen yang diberikan oleh pembaca-pembaca murai.com.my terhadap artikel tersebut.
Selain ucapkan tahniah tanpa henti, Murai Batu lihat banyak juga komen daripada pembaca yang seperti keliru dengan usia sebenar kandungan Fasha Sandha.
Terkejut juga Murai Batu bila membaca komen mereka.
Kebanyakan pembaca keliru dan meragui usia kandungan Fasha kerana selepas mereka membuat perkiraan sepatutnya Fasha sudahpun melahirkan bayinya pada Januari atau Februari lalu.
Mereka membuat perkiraan daripada tarikh 14 Mei tahun lalu iaitu ketika Fasha sendiri mengumumkan di akaun Twiiter miliknya yang dia sudah hamil.
Malah Fasha mengesahkan dia bunting pelamin selepas diijabkabulkan pada 27 April 2012.
Kemudian pengurusnya mengesahkan bahawa kandungannnya ketika itu sudahpun berusia 2 minggu.
Ada juga komen salah seorang pembaca yang mengatakan kandungan Fasha sudah memasuki 11 bulan lamanya dan mushkil bagaimana ianya boleh terjadi.
Murai Batu pun jadi keliru juga bila membaca komen daripada pembaca ini.
Kalau betul Fasha sebenarnya hamil lewat daripada yang diketahui umum, mengapa pula dia mengumumkan lebih awal?
Entah, Murai Batu pun tiada jawapan. Tetapi Murai Batu hanya berperasangka baik dan mendoakan agar Fasha dapat melahirkan bayi tersebut dengan selamat tidak lama lagi.