Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages


Wednesday, September 12, 2012

Tips Kurus : Cabaran 7 Hari Menu Diet Tanpa Nasi



jom kongsi bersama...cekedout

Hari Pertama (Tak ada nasi , hanya buah dan minuman yang sihat dan semulajadi)
  • Makan semua jenis buah kecuali pisang.
  • Untuk minuman, pilih yang sihat dan semula jadi.
  • Hindari minuman berkarbonat atau yang mengandungi kandungan gula yang tinggi.
  • Jus tembikai rendah kalori ialah pilihan paling tepat, oleh itu pastikan kamu kerap mengambilnya.
  • Selain itu, kamu disarankan makan sup.
Hari Kedua (Sayuran berdaun hijau , sup , kentang putar tanpa mayonis dan mentega , tak ada nasi lagi )
  • Semua jenis sayuran yang baik kecuali kacang pes dan jagung.
  • Kamu tidak dibenarkan makan kacang panggang dan seumpama dengannya.
  • Makan sehingga kamu sendiri puas dengan rasa sayur itu.
  • Paling disyorkan sayuran berdaun hijau.
  • Makanlah sebanyak mana sup yang kamu mahu.
  • Sebelah malam pula,makan kentang putar dalam hidangan besar.
  • Amaran penting,lupakan mentega dan mayones.Gantikan dengan sedikit garam dan lada hitam sebagai perasa.
Hari Ketiga (menu hari pertama dan menu hari ke dua , tanpa kentang putar … perghhhh ..)
  • Gabungkan menu hari pertama dan kedua.
  • Tetapi tidak perlu kentang putar untuk pelan hari ketiga ini.
  • Jika betul-betul mengamalkan diet ini, kamu sebenarnya sudah berjaya menurunkan berat antara dua kilogram hingga tiga kilogram. bayangkan…
Hari Keempat (pisang dan susu rendah lemak , ambil sebanyak mana mampu dan juga sup .. juga tak de nasi)
  • Makanlah pisang dan minum susu rendah lemak.
  • Sebaiknya ambil tiga biji pisang dan minum susu sebanyak mana yang kamu mampu.
  • Hari ini ialah hari yang sukar dalam pusingan diet tetapi kamu harus kekal berdisiplin demi menurunkan lebih banyak lagi kilogram.
  • Kamu juga masih tidak boleh melupakan sup dalam hidangan.
Hari Kelima (daging dan tomato , daging ayam atau  ikan , 6 biji tomato dan juga sup , tak de nasi lagi …)
  • Hari untuk daging dan tomato.
  • Kamu dibenarkan untuk makan daging putih(ikan atau ayam) antara 300 hingga 600gram,selain makan 6biji tomato segar.
  • Tomato sebenarnya membantu mencernakan protien dari mencuci pembinaan asid urik.
  • Pengambilan sup sudah memadai diambil sekali sahaja.
Hari Keenam (daging dengan sayur  berdaun lain , tanpa kentang putar , tanpa nasi dan juga sup …. )
  • Kamu dibenarkan makan daging bersama sayur.
  • Makanlah apa saja jenis stik kerana ia baik untuk kandungan jantung.
  • Tetapi jangan makan kentang putar.
  • Sebaiknya, tumpukan pada sayuran berdaun.
  • Sup tetap menjadi pilihan untuk melengkapkan menu.
Hari Ketujuh (baru ada nasi , tu pun dengan beras perang .. jus buah kurang manis dan sayur-sayuran .. dan juga sup)
  • Makanlah nasi menggunakan beras perang.
  • Lengkapkannya dengan jus buah-buahan kurang manis dan sayur-sayuran.
  • Kamu masih lagi disarankan untuk mengambil sup, sekurang-kurangnya sekali sehari.
hahaha ade berani mau cuba.... jom cuba bersama dan kurangkan obesiti kat malaysia nim, kesian baju2 cantik kat pasaraya tu mintak kiter beli...hehehe....bye

0 comments:

Post a Comment