Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages


Wednesday, February 8, 2012

 Krim Kecantikan SAFI Lidah Buaya (Tutup Hijau)


Mungkin ramai yang sudah tahu akan keberkesanan krim kecantikan safi tutup hijau ini (KS). Mungkin juga ramai yang tidak tahu. Sebenarnya jika ditanya tentang fungsinya, saya sendiri tidak tahu bagaimana untuk mengehadkannya. Saya gunakan ia sebagai alas bedak, saya gunakan ia apabila bintik-bintik merah naik di muka, saya gunakan ia untuk mensurutkan jerawat dan saya juga gunakan ia untuk mengekalkan warna kulit muka saya, bahkan lebih cerah sedikit berbanding selalu.


Sebenarnya, sekiranya anda mempunyai kulit wajah yang lebih kering, KS akan menjadi lebih serasi dengan anda. Kulit anda akan kelihatan polos dan gebu jika terus menerus memakainya. Dan malangnya bagi anda yang berkulit seperti saya, memadai jika saya katakan ia membantu struktur kulit muka anda dan anda akan perhatikan kulit muka anda akan lebih bersih berbanding ketika anda menggunakan produk lain.

Walaupun penggunaannya mengambil masa yang lama, bagi saya kesabaran yang saya tunjukkan sangat berbaloi. Saya tidak menyatakan KS merupaka krim yang terbaik di pasaran. Tetapi tidak salah sekiranya anda mencuba, kerana tidak mustahil barangan murah yang boleh didapati dimana-mana pasaraya ini dapat memperbaiki kulit wajah anda. Saya sebagai bukti nyata!

Sebelum ini, saya telah mencuba pelbagai jenis produk kecantikan, daripada yang mahal sehinggalah yang murah, dan mencari keserasian kulit wajah bukanlah perkara yang senang bagi saya kerana kulit wajah saya pernah mengalami trauma akibat penggunaan produk kecantikan yang salah dan juga serangan demam campak yang agresif. 

Sekarang ni, saya banyak meminimakan penggunaan produk pada wajah.  Saya hanya gunakan Pencuci muka Eversoft sahaja dan semestinya krim safi sebagai krim serbaguna saya. Bila saya kurang obses dengan wajah saya, takde pula jerawat nak naik ramai-ramai. Jadi pesan saya, jaga lebih kurang je. Tapi jangan lupe exfoliate kulit tau, 
 
sekian daripada saya =D 

0 comments:

Post a Comment