*Muffin oat*
Muffin yang kaya dengan serat ini kurang kandungan lemaknya.
Muffin oat mengandungi potassium dan magnesium yang banyak.
(Buah-buahan)
Buah epal kaya dengan serat dan sangat menyegarkan.Pisang pula kaya
dengan potassium.Kanak-kanak biasanya akan kehilangan potassium ketika
melakukan aktiviti fizikal.Jadi,pengambilan pisang akan dapat menggantikan potassium yang hilang itu.Kismis pula kaya dengan tenaga dan serat.pilihlah satu yang anak suka.
(Menu 2 minit)
*Smoothie pisang dan oren*
Jus oren,yogurt rendah lemak dan pisang perlulah dikisar sehingga hancur.Tuangkan
dalam gelas dan hidangkan kepada anak.
Minuman ini kaya dengan karbohidrat,vitamin dan mineral dan kalsium.
*Salad buah-buahan*
Potong dadu beberapa biji buah-buahan yang berlainan jenis dan masukkan kedalam
mangkuk.Campurkan dengan sedikit dadih untuk menambahkan kandungan protein dan kalsium
dalam hidangan ini.
*Bijiran sarapan pagi*
Pilih bijirin yang digemari anak,Tuangkan susu segar dan akhir sekali tambahkan dengan
kismis serta kekacang untuk lebih enak.Ringkas dan berkhasiat.
(Menu 10 minit)
*Roti gandum bakar bersama pisang*
Bakar roti menggunakan alat pembakar roti dan letakkan pisang yang sudah dipotong nipis di atasnya.Selain pisang anda boleh juga gunakan buah strawberi sebagai ganti topping roti
bakar anda.Untuk menambahkan keenakkannya,tuang kan madu keatas buah-buahan tersebut.
*Sandwic telur*
Sapukan mentega pada 2 keping roti gandum dan kemudian letakkan telur rebus yang sudah
dihancurkan bersama mayones ditengah-tengahnya.Untuk mendapatkan khasiat daripada
sayur-sayuran,letakkan juga hirisan tomato dan timun bersama sedikit daun salad..
Selamat mencuba (^-^)
0 comments:
Post a Comment