Bahan-bahan A 10 biji telur 320gm gula kaster 30gm ovellet 260gm tepung halus (superfine flour) 2 sudu teh serbuk penaik 80ml air
Bahan B 170ml mentega cair - sy ganti marjerin cair
Bahan-bahan C Sedikit aneka pewarna mengikut kesukaan anda 300gm topping krim
Cara-cara penyediaan Pukul bahan-bahan A selama 10 minit dengan kelajuan maksimum. Kemudian masukkan mentega cair dan kacau sehingga sebati. Bahagikan adunan mengikut warna pilihan anda dan warnakan. Kemudian bakar adunan mengikut acuan yang berbeza. (saya bakar sekaligus)Bakar sehingga kek kekuningan dalam masa 10-15 minit dengan suhu 180 darjah celsius. Selepas masak sejukkan kan kek. Kemudian belah kek setebal 10mm dan lapiskan dengan krim berselang seli mengikut warna yang berbeza.(yang ni saya tak buat)
1. Panaskan ketuhar dengan suhu 180C 2. Putar mentega dan gula castor hingga berkrim 3. Masukkan telur dan putar lagi. 4. Masukkan esen dan jus serta diikuti dengan tepung naik sendiri. 5. Selangi dengan memasukkan susu segar hingga habis. 6 Kacau dan gaul hingga sebati. 7. Akhir sekali masukkan choc chip atau sultana. 8. Tuang ke dalam mangkuk kertas dan bakar 20-25 minit. 9. Uji kek dengan cucukkan lidi. Kalau lidi bersih kek telah masak.
Akak gunakan tepung gandum menggantikan tepung naik sendiri. Tapi tambah baking powder. 1 cawan tepung tambah 1 susu teh baking powder. Susu segar boleh diganti dengan susu cair dalam tin.. Kek ini kalau menggunakan tepung naik sendiri lebih cantik dan gebu kerana tepung jenis ini mengandungi jumlah agen penaik yang betul sukatannya dan telah disebatikan dengan tepung .. tapi kalau tak de stok boleh aja guna tepung cap sauh....selamat mencuba..