Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages


Wednesday, February 8, 2012

Petua Dapur

REBUNG TAHAN LEBIH LAMA

Untuk menyimpan rebung supaya tahan lebih lama,celur rebung terlebih dahulu hingga separuh empuk.Toskan dan masukkan rebung ke dalam bekas yang bertutup.Isikan bekas dengan air dan simpan di dalam peti sejuk.

MENAMBAHKAN PERISA KARI

Untuk mendapatkan kari yang lazat,anda cuma perlu menambah sedikit ketumbar dan seulas bawang putih ketika kari sedang menggelegak.


MELEMBUTKAN DAGING

Campurkan beberapa helai daun nangka dalam masakkan daging.
biarkan seketika dan daging akan lebih lembut dan mudah dimakan.


MELAZATKAN IKAN AIR TAWAR

Bersihkan ikan dengan air asam jawa.
kemudian ratakan cuka pada ikan,bilis dengan air bersih.Bolehlah dimasak
mengikut cara anda.


CARA MENYIMPAN BERAS

Untuk memastikan beras lebih lama,
ambil tiga atau empat ulas bawang putih dan masukkan
kedalam beras.Cara ini dapat mengatasi beras dimasuki ulat.


HILANGKAN BAU HANYIR IKAN

Bagi menghilangkan bau hanyir ikan,basuh ikan terlebih dahulu,
Rendamkan ikan dengan sedikit perahan asam limau kasturi dan
air asam jawa buat seketika.Hasilnya pasti memuaskan selain rasa yang enak.


CUCUR LEBIH LEMBUT

Jika inginkan cucur yang dimasak mudah dikunyah,bancuh tepung
bersama air suam.Kemudian  goreng seperti biasa.Cucur akan tetap
lembut biarpun setelah sejuk..

ULAM KEKAL RANGUP

  
Ulam sering dijadikan sebagai menu sampingan yang boleh menaikkan selera makan. Namun, ulam akan menjadi layu sekiranya terdedah terlalu lama.

Oleh itu, bagi mengekalkan kesegaran dan kerangupannya, rendamkan ulam beberapa minit dalam air yang telah dicampurkan dengan sedikit cuka dan perahan limau nipis. Biar seketika barulah diangkat.





BERSIH KAN Kerang

BAHAN:
Serbuk kunyit

CARA-CARA:
1. Mula-mula, campurkan sedikit serbuk kunyit ke dalam air basuhan kerang.

2. Cuci beberapa kali sehingga ia bersih.
3. Hasilnya, kotoran mudah hilang dan kulit kerang menjadi lebih bersih.

SELAMAT MENCUBA!

0 comments:

Post a Comment