Tuesday, May 29, 2012
RAMBUT GUGUR SEMASA MANDI
kalau rambut gugur semacsa mandi dan jumlahnya hanya sedikit,itu normal.Tidak ada yang perlu dirisaukan.Tetapi perasan jumlahnya begitu banyak,tidak lain ianya disebabkan oleh sumber khasiat permakanan yang sedang kita amalkan. Wanita yang sedang melakukan diet secara radikal sehingga kekurangan zat besi, terutamanya bijiran,daging merah dan makanan laut lebih cenderung mengalami keguguran rambut kronik.Namun, hormon juga boleh menjadi puncanya. Besar kemungkinan kelenjar tiroid sedang berada dalam frasa tidak aktif. Untunglah masalah ini ada penawarnya. kita hanya perlu berjumpa pakar dermatalogi dan beliau akan melakukan diagnosis terhadap kita..fakta ini dinyatakan oleh( Priya k.young, pakar dermatalogi di medical college of wisconsin,milwaukee...)
KHASIAT Rempah ratus sebagai ubat
Menurut Michael Tierra dalam bukunya 'THE WAY OF HERBS' rempah-rempah yang sering ditambahkan pada masakan juga memiliki manfaat perubatan.Rempah-rempah menrupakan alternatif semula jadi untuk mengubati pelbagai penyakit seperti sakit perut, sakit kepala, selesema dan sebagainya.Ada diantaranya yang memiliki khasiat meningkatkan daya seksual. Halia ,misalannya mempunyai khasiat mengubati sakit kepala dan menambah nafsu makan.Cili merah pula mampu memecah lemak dan membantu menormalkan peredaran darah di seluruh badan.Cengkih yang banyak digunakan dalam industri rokok, dalam kadar yang tertentu boleh dimanfaatkan untuk menghangatkan badan, melegakan tenggorok dalam batuk..;-)
Monday, May 28, 2012
Sunday, May 27, 2012
AZIZUL bakal mengharumkan nama Malaysia di mata dunia. Siapakah dia?
AZIZUL bakal mengharumkan nama Malaysia di mata dunia. Siapakah dia?: Ayuh Azizul. Sambar Emas! Mungkin anda tak kenal siapa Azizul. Namun atlit Malaysia ini bakal menggegarkan dunia di Sukan Olimpik London 2012 nanti. Sokonglah dia di sini!
Tuesday, May 22, 2012
Monday, May 21, 2012
Kanser Serviks
Kesihatan
Sebab ia terjadi?
Ia disebabkan oleh virus human papilloma yang berjangkit melalui hubungan seks. Apabila wanita terdedah kepada HPV, sistem imun badan selalu dapat menangkis serangan virus ini dari menjangkiti wanita tetapi, bagi sebahagian kecil wanita, virus berpeluang hidup bertahun-tahun sehingga ia menukar sel yang terdapat pada permukaan serviks kepada sel kanser. Separuh dari kanser ini terjadi pada mereka yang berusia 35-55 tahun.
Dengan ujian saringan pap smear, kadar kematian kanser serviks berkurangan dengan banyaknya. Walaubagaimanapun ia masih merupakan pembunuh ke 2 terbanyak selepas kanser payudara.
Tanda dan gejala
Anda mungkin tidak mengalami sebarang tanda terutama pada peringkat awal. Apabila menjadi semakin serius, anda mungkin akan mengalami:
- Pendarahan semasa bersama
- Pendarahan ditengah bulan
- Pendarahan selepas menopos
- Keluar lendir berdarah dan berbau busuk dari faraj
- Sakit semasa seks
Siapa Wanita yang berisiko untuk mendapat kanser cerviks?
Fakta berikut boleh meninggikan risiko anda untuk kanser serviks
- Mempunyai pasangan berbilang
- Aktiviti Seks bermula sebelum usia 18
- Mengalami jangkitan kuman seperti syphilis, gonorhoea, chalmydia atau HIV
- Kurang daya tahan imun
- Merokok
Apa yang doktor akan lakukan sekiranya saya mempunyai gejala di atas?
- Ujian Pap
Doktor akan mengambil sedikit tisu pada permukaan serviks dan menghantar kemakmal . Ujian ini akan mengesan sebarang ketidaknormalan pada cerviks seperti sel pra-barah. Digalakan untuk mengambil ujian ini setiap tahun untuk mengesn kanser peringkat awal. Pengesanan awal boleh menyelamatkan nyawa. - Ujian HPV
Ujian ini boleh mengesan kuman HPV yang specifik terhadap kanser serviks seperti strain 16 dan 18, iaitu penyebabkan utama kanser pangkal rahim. - Colposcopy
Doktor akan mengunakan mikroskop yang khas untuk memeriksa pangal rahim anda untuk sebarang ketidaknormalan. Sekiranya ada, sedikit biopsi akan diambil dan dihantar kemakmal. Kadang-kadang biopsi kon akan dibuat sekiranya didapati sel barah sudah merebak lebih dalam. - Rawatan
Rawatan bergantung kepada keterukkan kanser tersebut dan sejauh mana ia sudah merebak. Sekiranya diperingkat awal pembedahan buang rahim akan disarankan dan pembedahan yang lebih radikal akan dilakukan sekiranya kanser sudah merebak keorgan organ berdekatan. Rawatan sampingan lain termasuk radiasi dan kemoterapi.
Bagaimana untuk mencegahnya?
Anda boleh mengurangkan risiko untuk mendapat kanser pangkal rahim dengan mencegah jangkitan kuman HPV. HPV merebak melalui hubungan seks, jadi pengunaan kondom boleh mengurangkan risiko HPV.
Selain dari itu, anda juga boleh mengurangkan jangkitan HPV dengan:
- Berhubungan seks dengan 1 pasangan sahaja
- Elakkan hubungan seks pada usia muda
- Tidak merokok
- Mendapat imunisasi terhadap jangkitan HPV
- Suntikan Vaksin
Vaksin terhadap HPV
Sekarang sudah terdapat vaksin yang boleh mencegah kebanyakkan dari strain HPV yang menjadi punca kepada kanser serviks. Gadis seawal usia 13 tahun adalah digalakan untuk mengambil vaksin ini. Ia boleh mencegah sehingga 70% dari jangkitan HPV dan walaupun ia lebih efektif sekiranya diberikan sebelum gadis menjadi aktif secara seksual, ia juga disarankan kepada semua wanita sehingga usia 46 tahun.
Dimanakah saya boleh mendapatkan suntikan vaksin ini?
Vaksin boleh didapati dimana mana klinik GP atau klinik pakar berdekatan
Kanser Payudara - Punca, Gejala dan Rawatan
Apa Itu Kanser Payudara?
Kanser payudara terjadi apabila sel normal payudara bertukar struktur dan merebak. Ia menjangkiti tisu dan bahagian lain yang berdekatan seperti kelenjar atau lobul, pembuluh darah, salur limfa dan nodus limfa. Kebiasaannya tumor terbentuk kerana pengumpulan sel abnormal. Kesemua jenis tisu di dalam payudara boleh membentuk kanser tetapi biasanya ia bermula di dalam kelenjar atau duktus.
Kanser payudara meyumbangkan peratus yang tertinggi bagi penyakit kanser di kalangan wanita. Kanser payudara berada di tangga kelima bagi kadar kematian akibat kanser dan merupakan penyumbang utama kematian akibat kanser di kalangan wanita. Di sepanjang hidupnya seseorang wanita mempunyai risiko mengidap kanser payudara sebanyak 1 dalam 8 dan kemungkinan meninggal dunia akibatnya adalah 1 dalam 28.
Pengelasan Kanser Payudara
Kanser payudara dikelaskan mengikut beberapa faktor seperti kanser lain. Faktor yang biasa diambilkira ialah tisu punca, lokasi tumor atau tisu punca, jenis tisu atau histologi, gred tumor, peringkat tumor, kemunculan dan aktiviti tumor, status nodus dan perebakan. Mula-mula sel bertukar struktur tetapi berada di lokasi asal di dalam duktus atau membran basemen lobul. Kemudian berlaku mitosis (penduan sel) dan metastasis (perebakan) melalui membran basemen dan bergerak ke kawasan terpencil di dalam badan.
Tanda dan Gejala Kanser Payudara
Pembentukan gumpulan merupakan tanda biasa yang kekal untuk jangka masa yang panjang. Kemungkinan nodul asimptomatik akan muncul sebelum tanda atau gejala lain timbul. Sakit payudara atau mastodinia atau sakit pada gumpulan merupakan satu lagi gejala kanser payudara di peringkat awal. Kemudian tanda-tanda radang seperti sakit, panas, kemerahan atau bengkak akan berlaku jika salur limfa kecil di dalam kulit dan pembuluh limfatik diserang oleh tisu abnormal. Kulit akan mempunyai tekstur kupasan oren yang juga dirujuk sebagai “peau d’orange”.
Gumpulan mungkin terjadi di payudara atau di ketiak. Rupa payudara juga akan bertukar melalui penebalan atau pertambahan saiz dan bentuk. Kulit payudara mungkin kelihatan seperti lekuk atau membentuk rabung. Puting mungkin terpusing ke dalam, menjadi merah atau bersisik atau mempunyai lelehan yang abnormal. Apabila ia merebak ke kawasan lain, akan menjelma tanda seperti demam, seram sejuk, sakit tulang dan sendi, sakit kuning, gejala neurologi dan curahan (efusi) pleura. Kelemahan adalah tanda atau gejala awal kanser payudara mungkin tidak kelihatan, justeru kaum wanita perlu mengambil inisiatif membuat diagnosis dengan memeriksa sendiri payudara dan juga menjalani ujian payudara setiap tahun.
Peringkat Kanser Payudara
Untuk mendiagnosis kanser payudara, pemerhatian dibuat melalui mamografi atau MRI payudara. Peringkat kanser payudara ditentukan mengikut sifat sel atau tahap pembiakan (proliferasi).
Peringkat 0 atau tumor kanser di tempat asalnya (karsinoma in situ) dikira sebagai risiko kanser payudara tanpa kehadiran penyakit itu sendiri. Karsinoma lobular in situ atau LCIS adalah merujuk kepada pengalas sel abnormal di dalam kelenjar payudara. Karsinoma duktal in situ atau DCIS adalah merujuk kepada pengalas sel abnormal di dalam duktus payudara.
Peringkat I merujuk kepada kanser payudara pada peringkat awal di mana ukuran melintang tumor kurang dari 2 sentimeter dan belum lagi merebak. Peringkat II juga merujuk kepada kanser payudara pada peringkat di mana ukuran tumor adalah antara 2 hingga 5 sentimeter; atau lebih dari 5 sentimeter tetapi belum merebak; atau kurang dari 2 sentimeter tetapi telah merebak ke nodus limfa ketiak.
Peringkat III ialah di mana ukuran melintang tumor telah meningkat ke 5 sentimeter dan telah merebak ke nodus limfa ketiak; atau telah merebak dengan banyaknya ke nodus limfa ketiak; atau telah merebak ke nodus limfa terpencil di dalam tulang selangka atau tulang dada.
Peringkat IV merujuk kepada situasi di mana kanser payudara telah merebak ke kawasan di luar kawasan dada.
Kaedah Rawatan
Rawatan bergantung kepada ciri-ciri atau kelas kanser payudara. Terdapat beberapa jenis rawatan seperti kemoterapi, pembedahan dan homoeopathy (dan lain-lainrawatan alternatif). Prognosis (ramalan) kanser payudara pada peringkat awal selalunya adalah baik, tetapi di peringkat akhir, seperti juga dengan kanser lain adalah tidak baik.
Subscribe to:
Posts (Atom)