Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages


Friday, May 18, 2012

Resepi Biskut Raya 2008




Nota :

Resepi di bawah ini adalah resepi terbaik yg pernah saya cuba. Next year, takyah susah-susah nak test, guna jer resepi ni. Snow Almond saya guna white choc. Next year nak try Colatta. Leh try letak flavor strawberry/orange lak instead of coffee.

London Almond pulak mmg best sangat. Biskutnya masih crispy walaupun selepas letak coating choc. Masih guna white choc, sebab white choc tu banyak. Pastu saya letak thousand-thousand. Warna-warni gitu !

Paling best tentulah :

NEIMAN-MARCUS COOKIES

Bahan:
2 cawan mentega
4 cawan tepung gandum
2 sudu teh baking soda
2 cawan gula
5 cawan oats, dikisar
24 oz chocolate chips
2 cawan gula perang
1 sudu teh garam
18 oz coklat bar, diparut
4 biji telur
2 sudu teh baking powder
2 sudu teh esen vanilla
3 cawan kekacang, dicincang
(kekacang ikut pilihan anda, walnuts, hazelnuts, badam dll)

Cara
1. Oats dikisar sehingga menjadi halus.
2. Pukul mentega bersama gula dan gula perang. Masukkan telur dan esen vanilla.
3. Masukkan tepung, oats, garam, baking powder dan baking soda dan gaul adunan sehingga ia sebati.
4. Masukkan pula chocolate chip, parutan coklat dan kekecang. Gaul sehingga adunan sebati.
5. Bulatkan adunan dan atur diatas loyang pembakar 2 inci diantara adunan biskut.
6. Bakar selama 10 minit pada suhu 190’C.

dapat banyak - 6 botol :) Tapi seminggu Raya dah habis, sebab semua orang suka. Nota : Oat, pakai oat kasar, baru sedap.

+++++++

SNOW ALMOND

Bahan A/
110 gm mentega
1/2 sdb shortening
50 gm gula kastor
1/2 sdk esen kopi
1/2 bj kuning telur

Bahan B/
110 gm tepung gandum
25 gm nestum [kisar]
1 sdb coffeemate
35 gm tepung ubi
20 gm serbuk badam

Bahan Hiasan/
serbuk roti putih [breadcrumb]
coklat masakan

Cara-cara:-
1. Pukul mentega, gula kastor dan shortening sehingga sebati. Masukkan esen kopi dan kuning telur. Gaulkan rata.
2. Satukan kesemua bahan B dan masukkan ke dalam adunan A tetapi sedikit demi sedikit dan ratakan.
3. Uli dan canai doh. Kemudian terapkan.
4. Bakar pada suhu 175'C selama 20 minit.
5. Setelah sejuk, celupkan ke dalam coklat masakan. Selepas itu, golekkan pula ke dalam serbuk roti putih.

Resepi ni sangat senang buat. Gelek-gelek, pastu gunting-gunting. Biarkan dia kecil-kecil sebab nanti nak dicoat dengan choc dan serbuk roti, jadi besar. Untuk cairkan choc, takyah guna double boiler segala. Saya masukkan dalam Microwave dalam 30 secs. Nampak macam tak cair, tp keluarkan juga dan kacau, nanti dia jadi cair. Boleh guna. Cuma jangan cairkan sekali banyak, buat sikit-sikit.

+++++++++

LONDON ALMOND MAGNOLIA

250gm butter
150gm gula aising
450gm tpg gandum
1 biji kuning telur
2 sdt emplex
badam berkulit (bakar)
badam cincang (bakar)
2 cawan cornflakes, kisar halus

topping:-
coklat masakan
spry

cara:-
mix butter ngan gula kasi sebati..
masuk kan telur..kacau2 jap
campur tepung ngan emplex..uli jap..
ambil tepung sket..masukkan badam berkulit ..wat kasik lonjong2..
pastu bakar 180'C..dlm 10 min atau sampai masak ler..
sejukkan..pastu tarok topping..n tabur badam cincang

resepi neh simple tapi mmg sedap bcoz biskut tu tak lemau..
sesetengah almond london neh dier lemau bile tarok choc..
lagi satu tujuan boh emplex tu utk elak biskut masuk angin masak kita dok tarok choc tu..pastu nk keraskan choc..biskut terbiar lamer kat luar ..kan..so kalu boh emplex neh tak de le biskut jadik lemau

*tepung tu pon taruk sket2..jgn tuang sume skali..sambil tu uli ler..kalu rase dh cukup lembut tak yah boh abes..adunan neh tak leh keras sgt..nnt mase nk boh badam tu ..dier cam tak leh nk kepal2 jadik lonjong tuh..

++++++++

BISKUT ARAB

Bahan-bahan:
500 gm tepung gandum
250 gm minyak sapi
250 gm gula kastor

Cara-cara:
1. Tepung gandum di goreng dahulu. Sejukkan kemudian diayak.
2. Campurkan tepung gandum dengan minyak sapi dan gula kastor.
3. Gaul rata hingga boleh diuli.
4. Bulat-bulatkan dan masukkan dalam paper cup.
5. Bakar selama lebih kurang 10-15 min.



(resepi daripada jom masak2)
Tuesday, May 15, 2012

Rich Choc Pudding

Picture_721





Bahan-bahan ( 1 loyang sederhana besar )

  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1 cawan gula
  • 1/2 cawan susu tepung
  • 1/2 sudu teh garam
  • 4 1/4 cawan air
  • 4 sudu besar tepung jagung
  • 1/2 sudu teh esen vanilla
  • 3 sudu besar butter
  • 1 paket serbuk agar2 (10-11gm)

Cara-cara

  1. Campurkan semua bahan kecuali butter dan kacau selalu hingga mendidih.
  2. Masukkan butter, kacau hingga pekat.
  3. Angkat dan masukkan kedalam loyang atau acuan yg disukai.
  4. psssttt! ni akak tambah cara yer..untuk puding ni n puding2 lain, kalu nak senang keluarkan bila dah beku, basahkan dulu acuan sebelum memasukkan puding..bila dah beku, insyaAllah senang nak keluarkan.



Ayam percik

Ayam_percik




Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 1 sekor ayam yang dipotong 4
  • 1 1/2 cawan santan pekat
  • 2 biji bawang putih
  • 1 labu bwg besar
  • 2 cm halia
  • 2 batang serai
  • 1 camca kecil ketumbar
  • 1/2 camca kecil jintan putih
  • 1/2 cawan tepung beras
  • sedikit air asam jawa@asam keping
  • cili kering (optional... kalau nak kuah merah)
  • garam dan gula secukup rasa

Cara-cara

  1. Blend bawang,halia,serai,ketumbar,jintan...pastu peraplah dlm 1/2 jam.
  2. masukkan ayam diperap bersama tepung beras yang digaul sekali ngan santan beserta bahan lain ke dlm periuk dan masak sehingga ayam agak2 3 suku masak dan kuah agak pekat.
  3. angkat ayam bersama sedikit kuah dan masukkan dlm loyang pembakar.
  4. bakar dlm oven dengan suhu 200 darjah dlm 1/2 jam atau agak keperangan.
  5. hidangkan ayam yang dicelup dengan kuah lebihan tadi...hiaslah ikut selera masing2




Puding Roti Pelangi

Dsc01496









Bahan-bahan ( 1 tupperware besar )

  • 1 paket agar-agar
  • 2 biji telur
  • 1 tin susu cair
  • 5 sudu makan susu pekat manis (ikut selera individu)
  • 3 keping roti
  • 3 sudu gula (ikut selera individu)
  • 2 sudu besar sunquick
  • Pewarna hijau
  • Pewarna merah
  • Sedikit esen vanila

Cara-cara

  1. Masak agar-agar dgn air (anggaran air hingga tenggelam agar-agar). Masukkan gula. Kacau sebati.
  2. Dgn menggunakan blender, kisar roti dgn telur,susu cair dan susu pekat manis hingga sebati.
  3. Tuang bahan yg dikisar tadi ke dalam periuk agar-agar td. Masak dgn api perlahan.
  4. Masukkan sunquick dan esen vanila. Biarkan masak seketika.
  5. Kemudian angkat dan tuang adunan yg di masak dlm loyang (tupperware pon boley).
  6. Drpd adunan td, asingkan 2 cawan berasingan adunan. 1 dicampurkan dgn pewarna merah, 1 lg dgn pewarna hijau.
  7. Tuang adunan berwarna td secara berselang seli ke atas adunan di dlm loyang.
  8. Sejukkan.


Sunday, April 15, 2012

Ladies Collagen, Appleslym Dietary, Fair N White, Soy Collagen Premix



Ladies Collagen



10 SACHET



.
* Ianya adalah campuran 13 herba terpilih daripada makanan amalan  sunnah yang mempunyai kebaikan bagi meningkatkan serta mengekalkan  tenaga dalaman serta kecantikkan diri. Ia diadun daripada bahan  semulajadi seperti lobata, mirifica, kacip fatimah, manjakani, akar  serapat bersama habbatus sauda, madu, goji, delima, kismis, gingko  biloba, kunyit dan kolagen.
* Ladies Collagen dapat memberikan kesan sehingga tiga kali ganda lebih baik berbanding produk lain.
* Pengambilan yang teratur dan berterusan membantu :
* mendapatkan bentuk badan yang menarik,
* menyeimbangkan hormon,
* mengembalikan keanjalan dan saiz payudara yang lebih menawan,
* menegangkan otot-otot punggung,
* mengecutkan rahim,
* seterusnya merapatkan vagina serta melambatkan proses menopaus.
Kebaikan :
* mencantik dan mencerahkan kulit,
* melancarkan peredaran darah,
* melancarkan haid dengan lebih teratur,
* melegakan masalah wanita seperti senggugut dan keputihan,
* mengembalikan keintiman hubungan.
* Produk ini juga membantu menyuburkan wanita bagi mendapat cahaya mata.
* Didatangkan dalam bentuk gel menyebabkan cara mengamalkannya mudah, hanya dengan mengambil terus dan tidak perlu dibancuh.
**************************************************************

*******************.
Appleslym Dietary



10 SACHET



.
* Appleslym Dietary. Ianya adalah campuran pati epal hijau yang  dirumus khas dengan serat Fiber, Kolagen dan Vitamin C yang membantu:
* menurunkan berat badan dan membakar lemak, malah membantu mengatasi  masalah perut buncit, memberi rasa kenyang, meransang sistem  penghadaman, meningkatkan kadar metabolisma, melegakan sembelit,  membuang lebihan angin, mengurangkan kesan ‘stretchmark’, mengawal paras  kolestrol dan mempermudahkan sistem pelawasan.
* Kandungan kolagen dan vitamin C pula bertindak sebagai antioksida yang  membantu mengekalkan kecantikan, kelembapan dan keanjalan kulit dari  dalam seterusnya menguatkan imunisasi dan membekalkan zat-zat mineral  yang mampu mencantikkan struktur kulit dan melambatkan penuaan.
* Produk ini dianggap bonus kerana mempunyai dua fungsi utama iaitu  pelansingan dan kecantikan. Antara kelebihan produk ini berbanding  produk lain di pasaran ialah kandungan inulin yang membantu meningkatkan  bifido bakteria dalam usus dan mempercepatkan percernaan.
**************************************************************

.

Fair N White



10 SACHET


.
* Fair N White adalah produk pencerahan berasaskan sarang burung
* membantu mengekalkan kegebuan kulit dan mengekalkan berat badan. Selain mencerah,
* ia membantu melindungi kulit dari sinaran ultra ungu, mengurangkan kecacatan kulit dan meningkatkan stamina.
* Antara kandungan lain ialah kolagen, tomato, acerola dan psyllium husk yang membantu:
* melambatkan proses penuaan secara berkesan,
* menghilangkan lebam pada bawah mata,
* menggalakkan pertumbuhan rambut dan kuku,
* menganjalkan kulit,
* menghaluskan liang pori,
* menghalang pertumbuhan jerawat,
* menjadikan kulit kelihatan lebih gebu, cantik dan cerah serta mengekalkan berat badan.
**************************************************************

.


Soy Collagen Premix



10 SACHET 


.
Kebaikan :
* Soy Collagen Premix adalah satu-satunya produk kolagen dengan kualiti premium yang diperkaya dengan 20 vitamin dan mineral.
* Ianya adalah campuran soy protein, kolagen, manggis, kolostrum dari  susu kambing, kalsium dan vitamin C. Fungsi utamanya adalah untuk  kesihatan dan kecantikan.
* Malahan ianya membantu meningkatkan tenaga.
* Rumusan istimewa ini membantu :
* melembap dan menganjalkan kulit,
* mengurangkan garis halus,
*  kedutan, dan tanda penuaan,
* menghaluskan kulit,
*  mencerah, dan menyerikan kulit yang kusam,
* mengurangkan parut dan pigmentasi,
* meningkatkan kesihatan mata,
* menguatkan kuku dan rambut yang mudah gugur,
* membantu melegakan sakit sendi,
*  lutut, kebas kaki,
* tangan dan meningkatkan imunisasi badan.
* Paling membanggakan, ada diantara testimoni produk ini yang mengakui  kadar gula mereka berkurangan, sakit dada dan asma berkurangan serta  darah tinggi dan rendah kembali kepada paras normal.
Tuesday, April 10, 2012

NH Detoxlim


EDNESDAY, JUNE 8, 2011


NH Detoxlim Natural Clenx Tea


Ini adalah minuman rutin aku sekarang setiap hari... almaklumlah badan dah semakin montok... banyak jeans aku yang dah tak muat dan baju pun semakin ketat so, faham-faham sendiri la ye...  harap-harap berkesan la di samping mengamalkan diet sejak akhir2 ni... untuk permulaan memangla kerap ke tandas dalam sehari dua, lepas tu okey je, macam biasa. Tapi rasa puas sebab bila 'membuang' badan rasa ringan... lagi satu kena banyak minum air kosong la . Teh ni bagus sebab dia detoks kolon kita. Tak sabar nak tunggu sebulan nak tengok hasil dan keberkesanan teh dan diet aku ni... good luck to me hehe :) Kat bawah ni ada sedikit info kepada sesiapa yang berminat untuk mengamalkan teh ni dan satu lagi teh ni boleh didapati di farmasi-farmasi berhampiran anda, kalau nak senang cari je kat watson ke... guardian ke... atau mana2 farmasi la. Selamat mencuba ye :)


Introduction
Natural Clenx Tea™ is a high quality detox slimming tea made from 100 % natural organic green tea and herbs, with no laxatives, no added sugar and no side effects. It has been approved by the Ministry of Health Malaysia and is safe for consumption. It is certified HALAL by JAKIM and complies to international GMP production procedure standards.
Product Features
  • All natural and organic ingredients
  • Does not cause diarrhea
  • No diet needed
  • Prepared in sachets for your convenience
  • Recommended Consumption For Best Results
  • Consume 1 teabag daily after dinner for those who want to detox and maintain a slender figure.
  • Consume 2 teabags daily after lunch and dinner for those who are experiencing severe constipation or are overweight.
  • Product Functions
  • Reduces body weight and maintains an ideal body shape
  • Stimulates peristaltic bowel movement to remove excessive toxins, fat and cholesterol
  • Relieves constipation, flatulence and bloated tummy
  • Improves the functions of detoxification organs
  • Strengthens immunity
  • Improves face complexion
  • Promotes radiant beauty and health from within
  • The advantages of colon detoxifying
  • Lose weight and/ or control weight
  • Overcome or relieve constipation and improve bowel disorders
  • Prevent, eliminate and reduce frequency and intensity of headaches
  • Improve digestion and absorption of nutrients
  • Boost body immune function and reduce risk of infection
  • Purify the blood
  • Improve emotional health and stress tolerance
  • Regain mental sharpness and think more clearly
  • Achieve a sense of wellbeing
  • Achieve a clearer skin and radiant complexion
  • Improve sleep quality and feel more refreshed
  • Scavenge free radicals and remove toxins
  • Improve energy levels and restore vitality